lazada

Lazada Malaysia

Offer..Offer

Lazada Malaysia

Isnin, Januari 14, 2013

Ayam Goreng Daun Pandan

Assalammualaikum

Pernah buat sekali resepi ayam goreng balut  daun pandan dulu..tapi resepi kali ni tak sama.  Kalau nak balut, gunakanlah daun pandan yang lebar.  Suka bila goreng baunya wangiiiiiiii. Kali ni akak ambil resepi dari Che Iza .
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (1kg)
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 sudu kecil ketumbar
* 1 sudu kecil  jintan manis
* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka ) (akak guna cili flake)
2 sudu besar santan pekat (optional) - tak letak
1 sb madu
garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa (tak letak pak aji dan gula)
daun pandan


Cara-cara
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
2. Tumbuk/blend semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
3. Buat poket dengan daun pandan dan masukkan ayam dalam poket itu.
4. Balut ayam dengan daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
5. Cucuk ayam yang telah siap dibungkus dengan lidi supaya ayam tak terkeluar.
6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
7. Siap dibungkus, goreng hingga golden brown dengan api sederhana.

22 ulasan:

  1. kreadtif la kak ina nie..mesti sedap ngan aroma pandan lagi

    BalasPadam
  2. halamak...teringat makan kat mane tah dulu ayam pandan nie, tapi memang the best, tp if buat sendri mesti lagi best kan...nak try lah

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-kehamilan-shaklee-cantik-sihat-dan.html

    BalasPadam
  3. wah bukan setakat sedap ni tapi bau daun pandan tue saja tentu dah bangkit selera nak makan.

    BalasPadam
  4. Ya Allah...sedapnya tengokkk.. serius jeles kak ina pandai dan kreatif dan rajin masak... haiishh... nanti buatkan ni dgn durian crepe plizz... hohoho :)

    BalasPadam
  5. oooo..
    mesti ayam dia bau wangi2kan kak?!

    BalasPadam
  6. nmpk sedap. bab 2 masak ni rajin jer kene lebih

    BalasPadam
  7. Nampak sedappp jer. Tak pernah lagi la makan ayam goreng balut daun pandan ni...

    BalasPadam
  8. mesti sedap dan bau dia pun sedap ni!!
    first time tgk ni ;)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Kak Ina

    boleh cuba ni....

    BalasPadam
  10. rajinlah akak ni, siap ada daun pandan..:)

    BalasPadam
  11. Salam...my fav ni,kalau gi thai restaurant mesti order ni tau...nanti nak try le buat sendiri. Tq ya..

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum..salam kenal. knah pernah makan ni kat restoran thai di manjung..memang sedap..:)

    BalasPadam
  13. wah, macam sedap aje ayam ni..

    BalasPadam
  14. ayam ni selalu jumpa time bulan posa.. hehehee

    BalasPadam
  15. baru pekena nasi dengan sayap ayam goreng mamak petang tadi. teringin pula mencuba Ayam Goreng Daun Pandan ini =D

    BalasPadam
  16. alahai kak ina.... mia datang sini terus rasa lapar...... sedapnya..

    BalasPadam
  17. yummy..selera melihatnya.. huhu..free nanti maila tgk

    http://misszucollection.blogspot.com

    BalasPadam
  18. Nak makan ni memang la sedap, nak buatnya rasa macam susah je... :D

    Terliur la kak :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers