OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi ayam goreng daun pandan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi ayam goreng daun pandan. Papar semua catatan

Isnin, Julai 15, 2019

RESEPI AYAM GORENG PANDAN THAI SEDAP/PANDAN CHICKEN RECIPE 👍

Assalammualaikum semua

Sekali sekali tukar aa selera guna daun pandan, dah pernah gak cuba pelbagai resepi, salah satu kat SINI.

Kalau nak diikutkan semua resepi yang akak cuba sedap, dulu dan kini kalau lauk ayam memang kesukaan anak anak terutama Imran.

 Nasib baik ada tanam pokok pandan, bila nak buat lauk camni gi ajer belakang umah ambik daun pandan.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 keping isi ayam
  • * 5 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 4 batang serai
  • * 1 sudu besar ketumbar
  • * 1 sudu besar jintan manis
  • * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • garam dan sedikit gula pasir
  • daun pandan secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara-caranya

  • Isi ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  • Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda*.  
  • Gaul bahan tumbuk/kisar bersama isi  ayam, garam, gula perang, gula pasir.
  • Perap ayam sekurang kurangnya 1 jam atau paling kurang pun 30 minit. Akak siap perap dalam pukul 9 pagi. Pukul 12 baru balut dengan daun pandan.
  • Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.Balut ayam dgn daun pandan. 
  • Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas. Kalau daun pandan kecil boleh gak sematkan dengan pencungkil gigi.
  • Balutan jangan terlalu ketat agar isi ayam garing bila digoreng.

Goreng ayam yang siap dibalut dalam 6 hingga 8 minit atau sehingga masak. Wangi betul aroma daun pandan bila di goreng.
Boleh juga dibakar ayam pandan ini di dalam ketuhar dengan suhu 200’C selama lebih kurang 25 minit.

Sedap cicah dengan sos cili thai

Isnin, Januari 14, 2013

Ayam Goreng Daun Pandan

Assalammualaikum

Pernah buat sekali resepi ayam goreng balut  daun pandan dulu..tapi resepi kali ni tak sama.  Kalau nak balut, gunakanlah daun pandan yang lebar.  Suka bila goreng baunya wangiiiiiiii. Kali ni akak ambil resepi dari Che Iza .
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (1kg)
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 sudu kecil ketumbar
* 1 sudu kecil  jintan manis
* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka ) (akak guna cili flake)
2 sudu besar santan pekat (optional) - tak letak
1 sb madu
garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa (tak letak pak aji dan gula)
daun pandan


Cara-cara
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
2. Tumbuk/blend semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
3. Buat poket dengan daun pandan dan masukkan ayam dalam poket itu.
4. Balut ayam dengan daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
5. Cucuk ayam yang telah siap dibungkus dengan lidi supaya ayam tak terkeluar.
6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
7. Siap dibungkus, goreng hingga golden brown dengan api sederhana.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...