NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

ShoppingTime

Lazada Malaysia

Rabu, Januari 30, 2013

Nasi Goreng Kerabu

Assalammualaikum semua

Alhamdulliah tangan Imran yang patah telah bercantum semula..setelah di x ray dan di periksa pagi tadi.  Lagi 2 minggu akan berjumpa semula dengan doktor.


Kali ni akak buat nasi goreng kerabu..akak makan nasi ni kat cafe di Hospital Ampang Putri masa tunggu Imran nak jumpa doktor.  Sedaplah pulak..akak pun cubalah buat tapi ikut resepi nasi goreng yang nama asalnya nasi goreng bunga kantan dari Mat Gebu tapi akak tambah daun kesum, cili api dan taugeh. 


BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 camca besar pes tomyam (sebarang jenama)
2 camca besar sambal tumis (resipi di sini) (akak tukar cili kisar)
1 keping dada ayam, hiris memanjang
1 biji bawang besar, hiris (akak dadu)
2 ulas bawang putih, hiris
3 cili api - ketuk sikit
1 kuntum bunga kantan, hiris halus, tinggalkan sedikit untuk hiasan
1 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
1 batang daun kesum-hiris halus
sedikit taugeh
2 biji telur, pukul sedikit
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)-tukar taugeh
Sos ikan secukup rasa (anggaran 1-2 sudu teh)
3 sudu teh kicap manis-akak tambah
sedikit serbuk lada sulah 
garam jika perlu
Hirisan cili padi untuk hiasan-akak guna cili flake
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan sambal tumis , serai hiris, cili ketuk dan pes tomyam, kacau rata. Tambah mix vege (taugeh) dan daging ayam gaul rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, biar mengeras sikit, dan kacau. Gaul rata.
  2. Masukkan nasi dan gaul, tambah sos ikan secukup rasa dan tambah hirisan bunga kantan, taugeh, daun kesum dan kacau hingga rata. Masak sekejap dengan api besar. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, hirisan cili padi dan baki bunga kantan tadi. Hidangkan panas..
Nasi goreng kerabu yang  di buat pada hari yang lain...di makan bersama keropok emping..lagi laju makan..

11 ulasan:

  1. peeghh..nampak mengancam kak! jadi x makan mee ketam kt keramat td? mekacehh kak ina sbb bgtau psl butik i-nur tu tadi..kita dh pergi..mmg semua yg diperlukan ada kt kedai tu..terus oder jubah sri 3 helai..beli barang2 keperluan lain gak!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, moga tangan Imran pulih sepenuhnya.
    Bestnya Kak ina nasi tu, ummi memang suka ada ulam-ulaman dalam nasi tu.

    BalasPadam
  3. sop mmg suka nasi goreng kerabu ni
    tp biasa order sahaja.. hehehe

    BalasPadam
  4. pergh.. nampak sedap lah, nak order satu bole hehe

    BalasPadam
  5. Aslmkum k.Ina
    Nampak sedap nasi kerabu goreng itu.
    Moga tangan Imran cepat pulih cepat.

    BalasPadam
  6. salam..ni boleh cuba ni..nampak sedap je

    BalasPadam
  7. sedap pulak nampak nasi goreng kerabu ni

    BalasPadam
  8. mengancam nasi goreng tue...tengok nie pun dah terliur abis la kak ina

    BalasPadam
  9. Cocok banget nih nasi goreng untuk di santap pagi hari....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...