OOO

Memaparkan catatan dengan label nasi goreng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasi goreng. Papar semua catatan

Ahad, Februari 17, 2013

Nasi Goreng Kampung Sedap



Assalammualaikum semua..pagi minggu memang ramai yang jarang minum pagi..terus brunch (breakfast/lunch) sekali gus.  

Akak pernah gak tepek resepi nasi goreng kampung kat blog ni..ada pengomen syorkan letak belacan..wah apa lagi akak pun cubalah buat..waduh tambah enak rasanya.

Bahan-bahan
  • 3 cawan nasi putih-sejukkan
  • 10-15  biji cili padi (kalau nak pedas tambahlah lagi yer)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar/5 biji bawang kecil
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 1 ikat kangkung -potong kecil
  • 1 biji telur
  • 3-4 sudu besar minyak masak 
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap cair
  • sedikit lada sulah
  • garam 
  • sedikit belacan
  • sedikit daun bawang di hiris halus

Cara-cara

  1. Tumbuk separuh ikan bilis bersama cili padi, belacan, garam, bawang putih dan bawang besar/kecil ..tumbuk lumat yer.  Separuh lagi di goreng garing
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan telur dan sedikit nasi..kacau sebati dan masukkan semua nasi.
  4. Gaul rata dan masukan pula sedikit sos tiram dan kicap cair.
  5. Masukkan kangkung dan  serbuk lada sulah kacau lagi sehingga nasi garing.
    Rasa dulu baru ..jika tawar masukkan sedikit garam...kalau ok terus tutup api.
  6. Taburkan ikan bilis goreng dan sedikit daun bawang

Rabu, Januari 30, 2013

Nasi Goreng Kerabu

Assalammualaikum semua

Alhamdulliah tangan Imran yang patah telah bercantum semula..setelah di x ray dan di periksa pagi tadi.  Lagi 2 minggu akan berjumpa semula dengan doktor.


Kali ni akak buat nasi goreng kerabu..akak makan nasi ni kat cafe di Hospital Ampang Putri masa tunggu Imran nak jumpa doktor.  Sedaplah pulak..akak pun cubalah buat tapi ikut resepi nasi goreng yang nama asalnya nasi goreng bunga kantan dari Mat Gebu tapi akak tambah daun kesum, cili api dan taugeh. 


BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 camca besar pes tomyam (sebarang jenama)
2 camca besar sambal tumis (resipi di sini) (akak tukar cili kisar)
1 keping dada ayam, hiris memanjang
1 biji bawang besar, hiris (akak dadu)
2 ulas bawang putih, hiris
3 cili api - ketuk sikit
1 kuntum bunga kantan, hiris halus, tinggalkan sedikit untuk hiasan
1 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
1 batang daun kesum-hiris halus
sedikit taugeh
2 biji telur, pukul sedikit
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)-tukar taugeh
Sos ikan secukup rasa (anggaran 1-2 sudu teh)
3 sudu teh kicap manis-akak tambah
sedikit serbuk lada sulah 
garam jika perlu
Hirisan cili padi untuk hiasan-akak guna cili flake
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan sambal tumis , serai hiris, cili ketuk dan pes tomyam, kacau rata. Tambah mix vege (taugeh) dan daging ayam gaul rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, biar mengeras sikit, dan kacau. Gaul rata.
  2. Masukkan nasi dan gaul, tambah sos ikan secukup rasa dan tambah hirisan bunga kantan, taugeh, daun kesum dan kacau hingga rata. Masak sekejap dengan api besar. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, hirisan cili padi dan baki bunga kantan tadi. Hidangkan panas..
Nasi goreng kerabu yang  di buat pada hari yang lain...di makan bersama keropok emping..lagi laju makan..

Jumaat, Januari 11, 2013

Nasi Goreng Thai Istimewa

 Salam pagi Jumaat
Akak buat nasi goreng thai istimewa ni hari Rabu lepas..tak dan nak masak sebab keluar pagi gi hospital sebab nak buka simen tangan Imran dalam pukul 10.00 pagi. Jumpa doktor, gi x ray..jumpa doktor balik..gedebak gedebuk dah pukul 3.00 lebih.  

Gi beli barang rumah..sampai umah dah pukul 4 lebih.  Tak larat nak masak berat-berat..masak nasi dan perapkan ayam ajerk.

Pukul 7.00 malam baru goreng nasi dan ayam..fuh...memang penat di buatnya. 
Resepi ni akak ambik di laman web Mesra.net  yang cukup untuk 2 orang makan..kat umah akak kenalah di gandakan resepi ni..ala maklumlah ada anak lelaki kat umah pastu akak ada tambah bawang besar, bawang putih, serbuk lada hitam dan sos ikan.



Bahan:-
  • 1 3/4 mangkuk nasi sejuk (lebih bagus kalau guna lebihan buat nasi ayam)
  • 2 biji telor
  • 1/2 biji bawang besar (dadu)
  • 3 biji bawang putih (ketuk) 
  • 2 sudu teh sayur campur/lobak yg dihiris halus memanjang-(ikut suka akak ajer)
  • 2 sudu teh cili boh (lebihkan jika nak pedas)
  • 2 sudu teh pes tomyam kesukaan (lebihkan jika mahu lebih berperisa)
  • 3 tangkai cili padi - dihiris halus (akak ketuk)
  • 1 helai daun limau purut - dihiris halus-halus ( lebihkan)
  • 3 sudu teh kicap manis
  • 1 sudu teh sos ikan (akak tambah)
  • 1 sudu teh serai yang dihiris halus
  • 1 sudu teh lengkuas yang dicincang halus
  • 3 - 4 ekor udang besar (seperti udang harimau) - dicelur dulu
  • Hirisan isi ayam yang telah direbus atau digoreng terlebih dahulu (akak masukkan sekali)
  • Kepingan limau nipis, bawang goreng dan hirisan daun sup untuk hiasan (letak daun ketumbar dan daun bawang)
  • Minyak untuk menumis 
  • sedikit serbuk lada sulah 
  • sedikit garam (jika perlu)
Cara Memasak:-
  1. Pijarkan sesudu makan minyak di dalam kuali dengan api sederhana, pecahkan telor dan gorenglah seperti scrambled egg hingga masak.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, sayur campur/lobak, udang, hirisan ayam, daun limau purut, lengkuas dan serai, kacau rata sekejap.
  3. Masukkan cili boh, pes tomyam, cili padi dan kicap manis.
  4. Masukkan nasi dan gorenglah hingga sebati sampai naik bau harumnya dan nasi nampak berasap (tanda dah masak elok) dan taburkan serbuk lada sulah.
  5. Hidangkan dengan bahan hiasan
Cadangan Hidangan:
Taburkan hirisan ayam, daun sup dan bawang goreng di atas nasi bersama kepingan limau nipis. (terlupalah pulak nak letak masa ambik gambo)
Perahkan limau semasa nak makan. Sedap makan panas-panas... POWER!! 
Ayam goreng tu akak ikut resepi yang pernah akak buat dulu .  
Resepi Ayam Goreng Ranggup memang umphhh.

Jumaat, November 25, 2011

Nasi Goreng Kampung

Jangan lupa sertai contest ini kalau nak tiket percuma
Resepi asal dari SINI tapi akak tambah sikit bahan.  Selalunya akak buat bila ada nasi semalam berlebih.

Bahan-Bahan:

4 cawan nasi sejuk [hancurkan]
2 biji telur ayam [pukul sikit]
5 tangkai kacang panjang [potong 1/2 inci] -tak letak
1/2 batang carrot [potong dadu kecil] -tak letak
kobis bulat [potong kecil] -tak letak
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa 

akak tambah :
sedikit serbuk lada sulah
sedikit sos tiram
sedikit kicap cair
ikan bilis goreng

bahan tumbuk
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili padi -akak letak ajer cili api 10-15 biji
2 biji cili merah -tak letak
segengam ikan bilis
1 inci belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
2. Masukkan kacang panjang dan sayuran lain. Kacau sehingga sedikit layu.
3. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan
4. Masukkan nasi, serbuk lada sulah, kicap cair, sos tiram dan garam. Kacau sehingga masak.
5. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan keropok goreng.
akak taburkan daun ketumbar, bawang goreng dan ikan bilis goreng

Selasa, Julai 05, 2011

Resepi Nasi Goreng Pattaya

Payah gak nak bungkus nasi ni. Kena pelan-pelan dan telur dadar kena lebar baru senang. First time sebenarnya buat nasi goreng stail camni. Kira okeylah kan. Resepi ni akak ambil dari blog Ummi

Bahan:- (anggaran saja)
  • 3 mangkuk sedang nasi putih
  • 3 tangkai cili merah - ditumbuk
  • 4 tangkai cili padi - ditumbuk
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 150 gm isi ayam - dipotong kecil2
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 batang lobak merah - dihiris btg mancis
  • 6 - 8 urat kacang panjang
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng nasi
Untuk telor dadar nipis:- (dpt 2 keping telor dadar nipis)
  • 4 biji telor
  • sedikit garam
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan cili garing sikit dengan api sederhana.
  2. Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam, kacau seketika.
  3. Masukkan kicap dan lobak merah. Kacau sebentar.
  4. Masukkan nasi dan kacau seketika biar rata.
  5. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. Goreng nasi hingga rata dan nampak berasap.
  6. Tutup api dan ketepikan nasi.
  7. Panaskan non-stick pan dengan beberapa titis minyak masak dan tuangkan telor yang telah dipukul sikit - bahagikan untuk 2 keping dadar.
  8. Masak dengan api perlahan (tutup pan)
  9. Bila telor telah masak, tutup api dan sendukkan nasi goreng dalam ukuran mangkuk yg sesuai dan telangkupkan aje ke atas telor dadar dalam kuali td. Buat lipatan telor tepi telor menutupi nasi. Ambil pinggan sesuai dan tekapkan atas nasi yg dibungkus telor tadi dan telangkupkan/terbalikkan pan di tengah2 pinggan.
  10. Paipkan sos di atas telor dan hidangkan.

Khamis, Mac 05, 2009

Masakan orang malas


Punyalah malas nak masak...jadi masak yang simple...ikan cencaru atau ikan jaket di perap dengan asam limau ..pastu tabur garam...masak guna api sedikit.... cicah kicap yang di bubuh bawang kecil dan cili hidup yang telah di hiris nipis di bubuh kicap dan di perah jus limau kasturi 2 biji....perhhhh...sedap......
nasi goreng pula mcm nasi goreng kampung tapi bubuh cili api dan cili hidup..campur dengan ikan bilis...keropok ikan mesti ada..dah jadi habit kat rumah ni...kalau tak ada macam tak best aje.......resepi tak payahlah..semua orang pandai buat masakan ni kan...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...