OOO

Selasa, Februari 19, 2013

Mee Rebus Haji Wahid-Tertunai Hasrat Dihati

Assalammualaikum semua

Cuti hari raya cina lepas akak sekeluarga gi jejalan ke negeri Johor..tempat suami di lahir dan di besarkan.  Kami gi hari Ahad singgah kat umah orang kawin di Kluang..pastu jejalan ke Jay Bee.

Dah lama nak try Mee Rebus Haji Wahid sejak tenguk kat dalam rancangan tv, majallah dan dalam blog.

Bila gi ke Jay Bee ashik tak sempat nak gi ke sini sebab kalau ke situ selalunya gi kenduri kawin..perut dah kenyang takkan nak isi lagi dengan mee..tentu makan tak habis dan tak ada feeling nak rasa kesedapannya.

Bila suami tanya nak makan kat ner malam ni? Sepantas kilat akak kata nak gi rasa Mee Rebus ni.  Adik ipar yang kebetulan balik ke umah mentua pun join sekali.
Banyak gak cawangan Mee Rebus ni ...kami pergi di  Food Court Plaza Angsana..nasib baiklah masa kami sampai petang tu tak ramai orang..kalau idak lambatlah nak merasa.

 

 Sebelum tu pekena dulu otak-otak yang sungguh sedap..
first time akak makan otak-otak kupang ni..

 

 memang terbaiklah..masih terasa lagi keenakannya.


Yang menjadi kelainannya sebab ada kepingan kerepok yang di taburi di atas kuah.tapi mungkin dah nak malam..dah kurang stok..cuma sikit ajer peniaga letak.
Keluarga Haji Wahid memulakan usaha ini sejak 1919. Ia Bermula sejak tiga generasi lalu dari Basid Ali Karam Ali - Wak Baidali yang menjual mee rebus setiap hari dengan menggunakan kandar dua keranjang rotan yang dipikul di sekitar Bukit Zaharah dan Kampung Air Molek.

Pada 1938, anaknya Haji Wahid Basid Ali mengambialih tugasnya dan menjadi satu-satunya penjual mee rebus di antara penjual sate di Satay Club, di seberang stasiun KTM Johor Bahru.


Pada 1978, Haji Wahid berpindah ke terminal bus Jalan Terus sementara anaknya Haji Halim, membuka kedai Mee Rebusnya pada sebelah petang di Tepian Tebrau.


Mee Rebus  yang berharga RM3.50 sepinggan di taburi bawang goreng, potongan cili hijau, taugeh, telur pindang dan sebelum makan bolehlah di perah dengan limau kecik/kasturi dan di sirami dengan kuah yang pekat dan lekat..rasanya taklah pedas jadi di gemari oleh semua golongan kaum. 

Gerai Mee Rebus di Plaza Angsana dibuka pada tahun 1997.
Tujuh daripada 12 anak Haji Wahid dan dua cucunya melanjutkan perniagaan ini di Taman Rinting, Larkin Market food Court, Kampung Melayu dan di sebelah masjid Kolam Air.  
Cawangan di luar Johor yang diusahakan oleh anak-anak Haji Wahid ialah di Presint 9,Putrajaya di bawah pengurusan Zainal, di Section 24 Shah Alam oleh Yassin yang dahulunya berniaga di Tepian Tebrau, JB, dan di Sri Hartamas yang diusahakan oleh Nasir yang dahulunya berniaga di Komplek Kotaraya, J.Bahru.

p/s kalau suka N3 ni..klik G+ yer..
Jangan lupa cari mee rebus haji wahid ni yer bila mai ke Johor Bharu


25 ulasan:

  1. terliur nya kak,sedap tu kupang

    BalasPadam
  2. ptt la cm penah dgr nama ni .. rupe nye kt johor ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrg ni kat putrajaya pun dah ada zura

      Padam
  3. akak, mmg sedap mee rebus kat situ..saya pun nak pg lagi )

    BalasPadam
  4. Aslmkum k.Ina
    mee rebus Hj Wahid ni...last yr masa pergi angsana ingatkan nak mencuba tp sbb ramai org, ingat nak dtg kemudian tp tak jadi singgah semula.kena cuba juga 1 hari nanti bila ke Jb.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mualaikumsalam

      Insyallah nanti tertunailah hasrat dihati kamu nak pekena mee rebus fofolur ni.

      Padam
  5. tempat yg wajib saya bawak utk entertain tetamu yg dtg ke JB :)

    BalasPadam
  6. Yg ni belum try hari tu try yg kat zz sup tulang. U make mehungry sawanila.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq bagi info pasal zz sup tulang..insyallah jika gi jb leh rasa

      Padam
  7. kite kalau balik JB, pi makan mee rebus Hj waHid yanG kat stulang laut punye... terbaikk oooo sedap sangat. sekali makan mesti nak 2 pinGGan punye

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi cik lily..nak mkn sampai 2 pinggan..sabar ajerlah

      Padam
  8. terliurnye. Ada kat Putrajaya eh, nak pegi try lah. Thanks for the info, Kak Ina :)

    BalasPadam
  9. dah lama tak pekena mee rebus HJ Wahid ni.. Dulu kat bus stand larkin pun ada..

    BalasPadam
  10. emmmm.... terliur pulak deno:)

    BalasPadam
  11. yang bagusnya harga tu masih kategori murah....

    BalasPadam
  12. nampak sedap tu kak... famous amous mee rebus hj wahid ni...hai bila nak ke jb ni? hehe

    BalasPadam
  13. sedapnya kak..salam perkenalan.. jom join blog saya :)

    BalasPadam
  14. huhu area mane putrajaya ek...sect 24 s.alm pn ade ke...
    kat mne yer...arggh teringin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat plaza angsana johor bharu kami

      Padam
  15. Area putrajaya
    Food court Presint 9e bdpan dgn klinik kesihatan putrajaya

    BalasPadam
  16. Food court terminal bas larkin.
    Rasa mee rebus Baidali yang saya makan sejak 1990an ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers