OOO

Khamis, Februari 07, 2013

Pecal Jawa

Pecal .. kalau nak buat kena rajin sikit..banyak kerja sikit aa. Akak suka buat hari minggu sebab boleh suruh anak tolong.  Orang Johor kalau buat pecal suka letak cekor..akak tak sukalah pulak. 
Bahan-bahan pecal ni ikut suka ajer ...tempe dan tahu memang kena ada.  Akak goreng kacang tanah, belacan  dan tambah sedikit gula melaka.  Kuah pecal tu adjustlah ikut kesedapan tekak masing-masing..al maklumlah ada yang suka manis..ada yang tak.

Kalau di ikutkan resepi pecal ni lebih kurang cam gado-gado...orang sana suka makan bersama keropok.  Suami akak kalau makan pecal tak yah lagi makan nasi..kenyang.

Akak ambik resepi dari blog Mat Gebu yang namakan pecal ni pecal jawa..tentu bangga orang jawa termasuklah suami akak :)

Kalau malas nak buat kuah tu leh guna yang segera ajer. 


BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)
Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan-tukar kangkung
Timun, hiris memanjang -tak ada stok
Senkuang, hiris memanjang -ganti telur
Tauhu, goreng dan hiris
Tempe, goreng dan hiris
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan

 

BAHAN KUAH :-)
150 g kacang tanah - akak goreng
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur -tak letak
1 inci belacan, dibakar -akak goreng
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan -tak letak
10 tangkai cili kering, kerat dan cuci, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional) - tak letak
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Akak tambah : sedikit gula melaka/gula kabong

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar hingga hancur. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tambah garam dan gula (dan gula melaka)  secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera...

14 ulasan:

  1. teringat kisah mkn pecal.
    kutip daun2 dalam kebun getah pucuk paku dan sebagainya.
    Kuah pecal sedap, sedaplah pecalnya.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    memang kesukaan saya pecal ni...

    BalasPadam
  3. Saya suka jugak makan pecal.. Haihh. Teringin pulak nak makan pecal.. Kalau balik kampung boleh makan pecal yg mak saya buat.. Seedaaappp..

    BalasPadam
  4. adoi sedapnye.... mmg sedap pecal ni.. msk slalu buat..tempe n tauhu wajib ade

    BalasPadam
  5. sedap kak...insha allah , yg ni slh 1 menu majlis sy nanti ;)

    BalasPadam
  6. Sedapnya kak! Terliur sy! Sy org muo tp bkn jawa tp ttp suka mkn pecal..walla, nti nak buatlah..kuah pecal dh ada tgl nk beli tempe n tauhu je :)

    BalasPadam
  7. Saya sudah mencicipi makanan ini,pecal ini sangat enak dan saya suka dengan sayurannya.

    BalasPadam
  8. mengidammm jugak nih...huhu...

    BalasPadam
  9. tak pernah makan lagi pecal jawa ni.. boleh cuba buat nie... terima kasih akak..

    BalasPadam
  10. Hai.. done singgah n follow d sini.. sudi2 lea follow mine back yea.. =) tQ.. senyum selalu.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers