OOO

Isnin, Mac 04, 2013

Lemper

Assalammualaikum

Semalam akak gi ke umah blogger Awin yang menjemput akak ke majlis perkawinan beliau di Sabak Bernam.

Masa tengah makan tenguk atas meja ada kueh cam kueh koci tapi lain pula cara bungkusnya.  Akak pernah baca dan tenguk gambar tentang makanan ni di satu forum dan bila tenguk kueh ni terus akak tanya dengan pengantin pempuan....


Ni lemper ker...(slang melayu)

Pengantin kata : Lemper (slang Jawa)

Imran kata  :  Lampard (pemain bola) :)

Akak memang tak pernah rasa  kueh  Lemper walaupun bapa mertua keturunan Jawa Johor.  Berkobar-kobar nak rasa bila jumpa sebab cara pembuatannya yang unik.
 
Lemper ialah sejenis kuih tradisional masyarakat jawa di Selangor dan mungkin  dengan komuniti jawa di negeri-negeri lain. Seunik namanya, ia merupakan sejenis makanan turun temurun yang wajib setiap kali adanya majlis rewang atau kenduri kahwin dan majlis keramaian penduduk kampung. 

 Menurut pakar membuat makanan tersebut, Salmi Pawiro, 58 tahun, lemper juga asalnya dari Indonesia dan dibawa masuk oleh golongan yang berhijrah ke Negeri Johor satu ketika dahulu. Mereka kemudiannya mempopularkan juadah itu kepada penduduk di sini yang lama-kelamaan menerima makanan tersebut sebagai salah satu makanan tradisional. 

Walaupun cara penyediaan kuih berkenaan agak rumit, beliau berbangga kerana di kampung berkenaan beliau adalah antara individu yang masih lagi mempertahankan tradisi pembuatan lemper dalam setiap majlis. Keenakan rasa lemper hampir sama dengan pulut sambal yang popular di Utara Semenanjung.

Sumber :  SINI
sedih tau bila mak akak kata tudung akak macam alas meja (betul ker) :(

Rasanya macam pulut panggang pun ada tapi intinya tak sama sebab tak pedasKalau nak tenguk camner nak buatnya anda leh ke SINI

9 ulasan:

  1. BARU TAHU KUIH NIE SEKALI PANDANG MACAM KUIH KOCI...

    BalasPadam
  2. nak akak kelakar...:)

    mcm sedap je kak kuih ni..xpenah mkn..

    BalasPadam
  3. salam.....kak...saye pun pegi jugak..tapi pegi ptg sabtu ler..rumah saye pun kat erea situ kak...kalau tahu saye pegi hari ahad boleh jumpe akak blogger yg femes nie...hehehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo yer ker..tak dak rezeki nak jumpa kan
      akak cuma blogger picisan ajrlah..bukan famous pun :)

      Padam
  4. x pernah rasa lagi
    kalau jumpa nak rasa gak.. huhu

    BalasPadam
  5. emmmm... belum pernah cuba lagi mknn ni... kuih tepung bngkus pernah la makan

    BalasPadam
  6. .....kak, sedap ke lemper tu, pernah dgr nama je, rasa tak pernah....err, pasal tudung akak tu kan, saya tatau nak gelak ke atau sebaliknya...sori eks...haha...

    BalasPadam
  7. banyaknya akak makan..huhuhu sedap tak kak..

    BalasPadam
  8. mak akak bergurau aje tu...jgn ambil hati lah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers