OOO

Khamis, Mac 14, 2013

Resepi Roti Sosej Berkeju



 meleleh-leleh keju keluar dari celahan roti..tu yang umphhh

Dah lama bebeno BM akak berehat..waduh bila tak ada teringin nak beli..bila dah beli virus M banyaklah pulak.  Bukan apa..buat roti ni memang ambil masa yang panjang dari mengguli 1 1/2 jam dalam BM, bentukkan..tunggu naik lagi 45 minit pastu baru bakar.  

Bila ada banyak masa terluang dan tak banyak kerja bolehlah layan buat roti.  Akak buat roti ni hari minggu sebelum gi kerja kawin kat Selangor.  Tak dan nak posing terus ajer snap dalam loyang selepas pembakaran.  Akak dah pernah banyak kali buat roti ini..tak apalah biarlah akak tepek lagi  sekali ..terima kasih Mat Gebu sudi berkongsi resepi.

BAHAN -BAHANNYA :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)-akak guna tepung gandum ajerk
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya (akak guna jenama Ramli= 14 batang)
2 keping keju cheesedale, dipotong kepada 14 bahagian sama besar


 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam.  
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  3. Sosej dicelur dan sejukkan, dibelah tengahnya buat macam poket dan masukkan1 potongan keju tadi, buat hingga siap. Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis.
  4. Akak balut 1/2 keping keju kat sosej..pastu baru lilit dengan doh.
  5. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan (stok tak ada) dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

11 ulasan:

  1. Sedap roti sosej berkeju ni..

    BalasPadam
  2. wahhhh best nye kak ..

    sure sodappp

    BalasPadam
  3. sedap...mlsnya nak wt sendiri..:)

    BalasPadam
  4. wah sedap nih! biasanya roti mcm ni denobeli .. he he

    BalasPadam
  5. Sedapnya... tengok roti pun elok je nampak gebu :D

    BalasPadam
  6. bestnya roti buat sendiri!! tapi xde bm, malas lah. haha

    BalasPadam
  7. salam kak... sedapnyermkn roti panas2.. dah lama btol tak meroti teringin la plak

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers