OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi roti. Papar semua catatan

Rabu, September 18, 2013

Resepi Roti Naik Pahang/ Roti Lembut Sedap

Assalammualaikum
Roti naik/roti lembut/soft bun resepi ni akak dapat dapat member fb yang dikatakan di kongsi oleh FB Tok Mak.  Memang lembut roti tapi rasanya kurang manis.  Akak taburkan sedikit gula halus atas doh sebelum di bakar.

Bahan-bahan
 
500 gm  tepung gandum 
1 biji telur
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar susu tepung 
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket mauripan (11g)
campurkan susu pekat manis + telur + tambah air...jadikan 300 ml semua sekali 

Untuk sapuan
1 biji telur + susu segar sapu sebelom bakar
sedikit mentega utk sapuan lepas bakar
Cara-caranya
Uli tangan
Masukkan tepung dan gula halus, adunan 300ml air dan gaul sebati. Masukkan marjerin dan shortening, gaul rata dan uli sehingga adunan menjadi doh lembut, licin dan elastik. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.

Cara Breadmaker (BM)
  • Masukkan air, telur, dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan pula tepung dan juga yis.
  • Setting Dough dan ONkan.
  • Biarkan BM terus menguli lebih kurang 11/2jam sehingga kembang dan siap.
  • Bahagikan doh kepada 20 bahagian. Bulat-bulatkan dan susun ke dalam loyang yang telah di lengser/sapu dengan marjerin/mentega.
  • Tutup roti dengan kain/plastik wrap sehingga naik sekali ganda lagi lebih kurang 30-40minit. Sapukan dengan egg wash.
  • Bakar suhu 180-200 selama 15-20minit (bergantung kepada oven masing-masing) sehingga keperangan.
  • Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit butter supaya roti nmpk berkilat. Sejukkan atas redai. Bila dah sejuk boleh simpan dalam bekas tertutup.

Rabu, September 11, 2013

Sandwich Egg Filling Untuk Sarapan Pagi

Assalammualaikum
 
Kadang kala pening kan bila nak buat sarapan pagi, kali ni akak nak tunjuk buat sarapan pagi yang ringkas untuk di jamah oleh anak-anak.  
Nak buat pun senang ajer..kalau ada salad dan tomato best gak tapi oleh kerana cuma kat dalam peti sejuk akak cuma ada timun ajer.
Bahan-bahan
1 biji telur rebus
1 sudu makan mayonis
sedikit serbuk lada hitam
4 keping roti
soft marjerin/mentega/planta
sedikit hirisan timun/tomato/salad - letak timun

 
Cara-caranya
Parut telur dan campurkan dengan mayonis, lada hitam dan gaul sebati.
 
Sapu marjerin di atas roti, di ikuti dengan campuran telur mayonis bersama timun,
Bolehlah di hidangkan

Sabtu, Mei 04, 2013

Roti Wholemeal Kacang Walnut.

Assalammualaikum

Leganya rasa hati bila dapat balik ke rumah hari ini..al maklumlah bila duk kat dalam hospital sape suka kan.  Ashiklah teringat kat rumah ajer.

Bila doktor check darah barulah tau..ada penyakit itu dan ini..tapi alhamdulliah tak serius ..kena pantang makan itu dan ini.  Biasalah bila umur hampir masuk ke 50..an ada ajer penyakit yang akan singgah.
Baru keluar  dari oven
Salah satu yang pakar pemakanan syorkan agar makan roti wholemeal..elakkan roti putih.  Akak ambil resepi ni dari blog  Puan Manggis

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung roti
2 cawan tepung wholemeal
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar  butter
1 biji telur+air=1 cawan.
3 sudu teh yis segera
4 sudu makan yogurt
1 cawan kepingan  walnut
 
Cara-caranya:
  • Satukan gula,garam,air+telur ,yis dan yogurt dalam mangkuk pengadun/breadmaker. Kacau hingga rata.
  • Masukkan tepung dan uli hingga sebati .
  • Masukkan butter dan terus menguli hingga kenyal.
  • Masukkan 2/3 cawan kacang walnut dan uli perlahan-lahan agar kacang sekata dengan  doh.
  • Perapkan doh sehingga double saiz asal.
 
  • Bentukkan bulat-bulat mengikut saiz yang disukai.
  • Aturkan dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit butter.
  • Sapu permukaan doh dengan kuning telur.
  • Taburkan dengan 1/3 cawan walnut cincang tadi,biarkan doh naik sehingga dua kali ganda dari saiz asal.
  • Bakar hingga masak.

Khamis, Mac 14, 2013

Resepi Roti Sosej Berkeju



 meleleh-leleh keju keluar dari celahan roti..tu yang umphhh

Dah lama bebeno BM akak berehat..waduh bila tak ada teringin nak beli..bila dah beli virus M banyaklah pulak.  Bukan apa..buat roti ni memang ambil masa yang panjang dari mengguli 1 1/2 jam dalam BM, bentukkan..tunggu naik lagi 45 minit pastu baru bakar.  

Bila ada banyak masa terluang dan tak banyak kerja bolehlah layan buat roti.  Akak buat roti ni hari minggu sebelum gi kerja kawin kat Selangor.  Tak dan nak posing terus ajer snap dalam loyang selepas pembakaran.  Akak dah pernah banyak kali buat roti ini..tak apalah biarlah akak tepek lagi  sekali ..terima kasih Mat Gebu sudi berkongsi resepi.

BAHAN -BAHANNYA :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)-akak guna tepung gandum ajerk
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya (akak guna jenama Ramli= 14 batang)
2 keping keju cheesedale, dipotong kepada 14 bahagian sama besar


 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam.  
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  3. Sosej dicelur dan sejukkan, dibelah tengahnya buat macam poket dan masukkan1 potongan keju tadi, buat hingga siap. Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis.
  4. Akak balut 1/2 keping keju kat sosej..pastu baru lilit dengan doh.
  5. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan (stok tak ada) dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Isnin, Oktober 22, 2012

Roti Kentang Untuk Kudapan

Kalau gi supermarket akak suka beli roti kentang.  Kali ni akak buat sendiri...dulu masa tak ada BM puaslah akak mengguli doh nak buat roti.  Kadang-kadang dek kerana tak lama mengguli roti taklah lembut macam guna BM. 
Sejak ada BM ni sonang sikit kerja akak..masukkan ajer doh pastu buat kerja lain.  Custard tu suka hatilah nak design camner atas roti.  Akak ambik resepi dari blog Ah Mat Gebu

Bahan-bahan
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

 tak sempat nak hias..sorang demi sorang ngapppppp

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...

Isnin, Oktober 01, 2012

Roti Sosej Ayam

Assalammualaikum semua....

Hari Sabtu balik kampung suami di Johor sebab bapa mertua nak buat kenduri tahlil pada hari Ahad selepas Zohor.  Bila sampai ke kampung dah malam..sibuklah buat apa yang patut.  Bapa mertua tak berapa sehat sebab bila malam demam akan menyerang sehingga mengigil dan kadang-kadang rasa panas.

Pada hari Ahad, masa kami sibuk-sibuk menyediakan makanan di dapur, abang ipar bawa ke Hospital Segamat dan beliau di tahan di wad kerana terkena jangkitan paru-paru berkuman.  Selepas majlis selesai kami segera ke hospital tetapi sayangnya waktu melawat telah habis..kenalah naik sorang demi sorang.
Alhamdulliah dapat gak melawat bapa mertua di hospital dan terus balik ke Kuala Lumpur..sampai kat rumah pukul 12.00 lebih tapi ke lebuhraya kereta masih banyak macam waktu siang.

Doakan agar bapa mertua akak cepat sembuh dan kembali semula ke rumah.


Musim hujan memang perut anak-anak ashik lapar..nasib baik ada stok tepung roti kat umah.  Kita boleh buat macam-macam bentuk kalau buat Roti Sosej ni.  Terpulanglah pada kreativi masing-masing...cara nak buat boleh ke SINI

Ada macam-macam resepi yang akak pernah cuba dan tepek kat blog akak.  Akak lebih suka guna resepi yang ni kalau buat.


 
 terlupa nak sapu campuran telur dengan susu..jadilah bentuk camni
BAHAN -BAHANNYA :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)- (akak guna superfine)
60 g gula halus
1 camca teh garam 2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya (akak guna sosej ayam Ramli= 14 batang)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam.  
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  3. Sosej dicelur dan sejukkan.  Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis.
  4. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Ahad, Julai 22, 2012

Resepi Roti Boy/Mexican Bun


Assalammualaikum dan selamat berpuasa buat semua.

Dari pagi tak ada can nak pegang pc ni..ramai sangat nak guna..al maklumlah anak ramai camnilah..kenalah mak beralah.  Tentu ramai ibu sibuk fikir nak masak apa?..nak masak apa?
Akak dari malam tadi dah tanya Ira..nak makan apa?
Al maklumlah dia kan tinggal kat asrama, kasi canlah layan tekak dia yang nak balik ke asrama hari ni.

Pagi tadi akak ke pasar pagi di Greenwood..hermm cam biasa kalau bulan puasa ni harga ikan mahallah sikit sebab ramai sangat orang borong ikan nak buat ikan bakar di pasar ramadhan.  Nak buat camner kan..mereka nak cari rezeki buat perbelanjaan untuk hari raya nanti terutama bila anak berderet dan nak pulang ke kampung yang memerlukan banyak perbelanjaan.  Tahniah buat mereka semua.

Untuk menu hari ni..akak dah perap ayam goreng berempah (Ira nak) dan nak masak rendang ayam.  Jap lagi nak ke dapur..tapi sebelum tu akak nak tepek resepi roti yang lama akak dah tak buat.
Tiba-tiba tekak teringin nak makan..akak buat roti ni hari Jumaat lepas sebelum berpuasa.
Suka bila bakar aroma coffeenya memang menggiurkan macam bau kalau kita lalu kat kedai roti boy yang ada di shopping complex.

Bahan untuk inti/filing
200 gram mentega - suhu bilik

1/2 sudu teh esen vanilla
70 gram gula perang

Cara-caranya
1. Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
2. Masukkan esen vanilla dan gula perang hingga sebati.
3. Bahagikan adunan inti kepada 10gm dan bulatkan.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di gunakan (akak masukkan kat tempat beku..nanti tak sememeh masa nak masukkan ke dalam doh roti)

 

Bahan untuk topping 
200 gm mentega - suhu bilik
160gm gula icing
3 biji telur - pukul sikit

1 sudu teh perisa kopi - boleh digantikan dengan melarutkan 3 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas
200 gm tepung gandum

Cara-caranya 
1. Putar mentega dan gula aising dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan juga esen kopi.
4. Masukkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan sederhana sehingga semuanya sebati.
5. Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan ke dalam peti sejuk sehingga sedia di gunakan.




Bahan untuk doh roti
500gm tepung roti)*
20gm susu tepung ) *ayak bersama
2 sudu kecil bread improver)*
2 sudu kecil bread softener
75gm gula castor
1 biji telur - di pukul sedikit
3 sudu kecil yis segera

270ml air atau susu segar (kalau menggunakan susu tepung jangan gunakan susu segar)  60gm mentega - suhu bilik


Cara-caranya
1. Gaul rata tepung yang telah di ayak bersama susu tepung, bread improver, gula dan garam dalam mangkuk.
2. Masukkan yis kering, bread softner dan gaul rata.
3. Masukkan telur dan air/susu segar.
4. Uli adunan dan masukkan mentega.
5. Uli hingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
6. Bahagikan adunan kepada 17 biji bola kecil atau 55gm setiap satu.
7. Tutup adunan dengan flim cling atau kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
8. Leperkan doh diatas tapak tangan dan letakkan inti/filling.
9. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu di bakar.
 
 
10.Susun diatas loyang pembakar yang sudah di lenser dengan mentega/marjerin dan jarakkan 7.5 cm. (nanti masa bakar akan naik lagi)
11. Rehatkan selama 45 minit.
12. Paipkan topping di atas bun secara spiral bermula dari tengah.
13. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit atau bergantung kepada oven masing-masing.



Oleh sebab akak guna bread maker (BM), lepas ayak bahan-bahan kering, akak masukkan semua ke dalam bm dan set untuk doh 1 jam 30 minit.  Lepas siap doh keluarkan dari bm dan   ikut step no 8 yer.

tertunai hati den

Jumaat, Disember 12, 2008

Resepi Roti Boy/Mexican Bun

Bila lalu kat kedai yang jual roti boy ni...memang semerbak bau dia...masa tu pulak perut rasa lapar...tapi mahallah...dulu-dulu RM1.80 satu...sekarang mungkin dah naik harga kot....jadi tak boleh beli..kalau beli tak cukup seorang satu....sekurang-kurangnya 2....jadi kena buat sendirilah nampaknya...memang remeh dan banyak kerja buat roti ni...tapi berbaloi tau..........resepi ni adik ipar yang bagi...entah kat mana dia ambik...akak tak tahu...

Bahan untuk inti/filing

1. 200 gram mentega - suhu bilik
2. 1/2 sudu teh esen vanilla
3. 70 gram gula perang
Cara-caranya

1. Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
2. Masukkan esen vanilla dan gula perang hingga sebati.
3. Bahagikan adunan inti kepada 10gm dan bulatkan.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di gunakan (akak masukkan kat tempat beku..nanti tak sememeh masa nak masukkan ke dalam doh roti)

Bahan untuk topping

1. 200 gm mentega - suhu bilik
2. 160gm gula icing
3. 3 biji telur - pukul sikit
4. 1 sudu teh perisa kopi - boleh digantikan dengan melarutkan 3 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas
5. 200 gm tepung gandum

Cara-caranya

1. Putar mentega dan gula aising dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan juga esen kopi.
4. Masukkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan sederhana sehingga semuanya sebati.
5. Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan ke dalam peti sejuk sehingga sedia di gunakan.

Bahan untuk doh roti
1. 500gm tepung roti)*
2. 20gm susu tepung ) *ayak bersama
3. 2 sudu kecil bread improver)*
4. 2 sudu kecil bread softener
5. 75gm gula castor
6. 1 biji telur - di pukul sedikit
7. 3 sudu kecil yis segera
8. 270ml air atau susu segar (kalau menggunakan susu tepung jangan gunakan susu segar) akak gunakan air sahaja..
9. 60gm mentega - suhu bilik

Cara-caranya

1. Gaul rata tepung yang telah di ayak bersama susu tepung, bread improver, gula dan garam dalam mangkuk.
2. Masukkan yis kering, bread softner dan gaul rata.
3. Masukkan telur dan air/susu segar.
4. Uli adunan dan masukkan mentega.
5. Uli hingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
6. Bahagikan adunan kepada 17 biji bola kecil atau 55gm setiap satu.
7. Tutup adunan dengan flim cling atau kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
8. Leperkan doh diatas tapak tangan dan letakan inti/filling.
9. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu di bakar.
10.Susun diatas loyang pembakar yang sudah di lenser dengan mentea/marjerin dan jarakkan 7.5 cm.
11. Rehatkan selama 45 minit.
12. Paipkan topping di atas bun secara spiral bermula dari tengah.
13. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit atau bergantung kepada oven masing-masing.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...