OOO

Selasa, Mei 07, 2013

Pelbagai Ilmu Ada Di Denaihati.com

Assalammualaikum

Pada mula-mula berblog, akak pakai hentam ikut apa yang terfikir di hati.  Niat di hati ingin berkongsi pengalaman dan resepi untuk anak-anak yang belajar di luar negara. 

Akak bertatih-tatih dari mula...memang buta IT, tapi akak rajin mencari tips dan rahsia di google camner nak menjadikan blog kita menarik perhatian pembaca agar datang setiap hari.
google punya google terjumpa blog Denaihati.com yang rajin berkongsi pelbagai ilmu blogger.  Tak lokek untuk memberi tips dan rahsia apakah itu Alexa, SEO dan macam-macam lagi.  Dengan gaya penulisan yang senang di fahami membuatkan akak yang buta IT akhirnya berjaya mengetahu pelbagai tips tentang cara untuk mendapatkan pembaca setia ke blog akak setiap hari.

Antara 10 N3 terbaik Denaihati.com yang paling best  mengenai berblog telah  akak share di blog akak . Klik kat SINI

Selain itu bermacam-macam contest yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan turut di adakan oleh denaihati.com.  Hadiah-hadiah yang lumayan telah di menangi oleh ramai peserta contest.

Denaihati.com juga telah sudi memberi hadiah berupa wang tunai kepada pengomen setia dan juga Top Link Referrer setiap bulan.  Alhamdulliah blog akak juga telah terpilih untuk bulan September, Oktober, November 201.  Seronok kan..
Selain itu N3 yang paling akak suka ialah  semasa Denaihati.com menulis tentang  kembara musafir Vienna Austria  dan Frankfurt, German  di mana beliau telah sudi pengalaman dan gambar-gambar  menarik semasa di sana.


Sesuai dengan tagline Hidupkan Untuk Memberi blog denaihati.com juga ada melakukan kerja-kerja amal seperti di Membantu Umat Islam di Cambodia.  Tujuannya adalah untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi umat Islam disana.  Berbagai perancangan telah  di rancang dan juga sedang dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut.

Projek  eQurban.com. pula adalah  untuk ibadah qurban dan aqiqah di Kemboja. Anda boleh tempah qurban dan aqiqah anda secara online ..senang bukan.  

Banyak lagi usaha amal yang telah di buat oleh denaihati.com..terutama bila rakan blogger arwah Jejai di sahkan menderita sakit. Menitis air mata bila membaca kisah dan gambar arwah di SINI.
Al fatihah :(
Antara aktiviti-aktiviti yang lain ialah

Iftar Ramadhan Bersama Denaihati 2012
Iftar Ramadhan di Hotel Cititel pertama kali di adakan dan disusuli dengan Program Iftar Ramadhan kedua lebih santai di Shah Alam.
Majlis Iftar Ramadhan juga telah di adakan di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Banting, Selangor dimana blogger yang hadir telah sudi  meluangkan masa datang memeriahkan majlis berbuka puasa bersama warga emas, anak yatim dan pelajar tahfiz. Majlis ini juga merupakan program anjuran Kumpulan Al Ansar, eQurban dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).


Projek T-Shirt Denaihati Network
Projek T-Shirt Denaihati Network adalah projek untuk mempromosi 20 Blog. Sebanyak 250 T-Shirt akan di print dan dijual semasa seminar dan secara online. Hasil jualan projek ini akan disumbangkan untuk pembinaan Sekolah Pusat Islam Kemboja.

Banyak lagi N3  menarik yang ada ....kalau anda nak tau anda boleh terjah ke denaihati.com .

Abang ensem blogger fofolur
  Sumijelly blogger ternama
Blog Denaihati.com memang power
Banyak manafaat yang boleh kita terima

Menjana pendapatan dengan berblog
Mesti tau teknik dah rahsianya
Seminar Buat Duit Dengan Blog
 Mari kita daftar sekarang juga
  • Tarikh : 19/5/2013
  • Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
  • Masa : 8.30 am – 1.30 pm
.
Bayaran :RM50 seorang sehingga 5hb. Mei  2013
               RM100 seorang selepas 5hb. Mei 2013

Rugi kalau anda tak join Seminar ini kerana selain ilmu berblog, anda akan dapat berjumpa dengan blogger yang fofolur yang sudi berkongsi berbagai-bagai pengalaman dan rahsia bagaimana mereka boleh berjaya.

Yang paling best anda juga boleh mendapat hadiah-hadiah yang menarik.  Ushar kat SINI yer

Apa lagi yang yang anda tunggu,  sila daftar di Akademi Denaihati secepat mungkin.

21 ulasan:

  1. Kak ina... saya ni blogger ikan siakap ker bak kata iman..baru nak menaikkan nama..huhuhuhu

    Apa2 pin.. Denaihati memang banyak pengalaman dan pengetahuankan... maksud sumi blogg nya..hik3

    Tp org nya pun banyak gak pengalaman tu...

    http://Sumijelly.com

    BalasPadam
  2. apsal semua orang dok cerita pasal DH ni..

    BalasPadam
  3. kak ina, tarikh tu ade pembetulan kan.. pembayaran tu .. 5 Mei.. heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. tqvm datin tyka..tak perasanlah pulak

      Padam
  4. assalamualaikum kakina...seronoknya kalau dapat join mcm kakina mmg best tapi sayang jauhlah nak ke KL...:)

    BalasPadam
  5. denaihati memg otai.. seronoknya dapt p sana kumpul sama2 blogger terkenal

    BalasPadam
  6. inshaa allah bertemu kita di sana ye kak

    BalasPadam
  7. salam sis ina
    Denaihati ta silent readr sis..
    Gambr last tu menarik

    BalasPadam
  8. Huhu. Ramai juga yang buat review tentang seminar buat duit dengan blog ni. Macam best.. Seronok gak kalau pergi ni.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom gi seminar yang bermanafaat ni amirul

      Padam
  9. Memang Denaihati sesuai dengan motto Hidupkan Untuk Memberi banyak memberikan ilmu mengenai dunia blogger

    BalasPadam
  10. terima kasih entry special ni kak ina, memang tak terkata. semoga semoga semua perkongsian boleh sama-sama sahabat manfaatkan, dan juga masih terus belajar...semoga seminar buat duit dengan blog berjalan lancar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih juga buat tuan denaihati sebab banyak berkongsi berbagai-bagai ilmu dalam blog tuan

      Padam
  11. Wow...hebat blog kakak ni...terpilih 10 review terbaik...syabas yer...kak...!

    BalasPadam
  12. As-Salam Kak Ina .. tak tahan tgk muka abg ensem .. nak gelakkk je .. hehehehe... apapun review yang sedikit ada kelainan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yer ker hasrul..terima kasih yer sudi jenguk

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers