OOO

Selasa, April 16, 2013

Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalammualaikum  
Bila anak-anak ada kat rumah hari cuti memang kena fikir nak masak apa untuk sarapan pagi, lunch, minum petang..malam tak kisah sangat..makan apa ajer yang tinggal.
tak berapa sejuk dah potong..jadilah camtu.sebab tak sabar nak rasa
 
Nak buat kek lapis ni memang kena rajin sebab kena bangun duduk 2 kali.  Kalau buat kek kukus ni tak boleh guna api besar..guna api yang sederhana ajer.  Resepi asal dari yatiememories sedap memang sedap..gunakan loyang 8x8x3 untuk kek ni yer



 BAHAN A

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara

  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
 
abaikan tanda jari tu..nak rasa nak cukup masak ker idak!
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air panas mendidih
  • 1/2 cawan susu segar/cair (akak guna susu cair IDEAL)
  • 1/2 cawan minyak jagung/masak
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*
  • (* bahan-bahan perlu diayak dulu)
Cara-cara

  1. Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tepung gandum,baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.


CARA MEMASAK
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana aje.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar-benar sejuk, boleh potong dan hidangkan.
 

14 ulasan:

  1. bestnya... terbaek kak!!!!

    BalasPadam
  2. sedappp macam nak buat je... thanks kak!

    BalasPadam
  3. kek nie memang sedap kak...azue suker kek kukus2 nie..senang skett nak buat..hehhee

    BalasPadam
  4. Prnh buat versi bakar. Mmng sedp

    BalasPadam
  5. kalau dgr cheese ni mmg Sop pantang jumpa.. heheh

    BalasPadam
  6. aduhai rajinnya buat 2 lapis ni yer . terliur sudah :)

    BalasPadam
  7. Kak Ina sedapnyer.. rasenye macam dah lama sgt tak makan kek.. almaklumlah tgh diet..hehehe

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Ina

    nyamm nyamm

    BalasPadam
  9. assalamualaikum kakina...sedapnya...:)

    BalasPadam
  10. nampak macam sedap aje nih.

    BalasPadam
  11. sedap sangat kek lapis kukus ne....first time buat ari tu dpt pujian dri kwn2x..siap minta resepi :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers