OOO

Ad

Isnin, Mei 27, 2013

Donut Yang Sedap Dan Mudah

Assalammualaikum semua

Ada gak teka yang betul akak ke mana sempena cuti 3 hari yang lepas.  Nanti akak nak hadiahkan fm yang akak belilah kepada Anna-alaui. Terima kasih juga buat yang sudi komen..dah nama gi bercuti..taklah akak sentuh pun hal blog ni..cuma check email dan fb ajer. Nanti bila akak rajin akak buat N3 pasal tempat percutian  yang cantik ni.

Akak dah pernah buat donut resepi yang INI..INI dan ..INI..semuanya sedap.
Kalau anak-anak ada kat rumah...mereka suka makan donut buat kudapan ..selalunya buat untuk minuman petang.  Ada bermacam-macam resepi donut di internet..kali ni akak buat ikut resepi di Myresepi.com

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara


  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
 Anak minta buh topping coklat..akak ajar anak sulung akak buat topping.
Cairkan coklat masakan dengan cara double boiler pada suhu rendah. Celup bahagian atas setiap donut ke dalam coklat cair dan hias dengan badam cincang yang telah di sangai/bakar.

7 ulasan:

  1. sedapnya donut... anak-anak suka donut! Sangat!

    BalasPadam
  2. alamak donut homemade lagi sedap ..nyum nyum

    BalasPadam
  3. Salam Kak Ina,

    Lama benor tak singgah sini. Gara-gara blog tenggelam kerana hosting problem. Nampak sedap. Donut ni kalau lembut gebu memang sedappppppp!! thanks share

    BalasPadam
  4. sedapnya.. saya paling suka domut tapi tak nak gula terlebih banyak atas tuh. nanti sememeh mulut. masuk blog kak ina, terus lapar.

    BalasPadam
  5. typring error la plak *donut

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers