OOO

Khamis, Mac 29, 2012

Donut Kentang Citarasawan/Donut Kentang Hotdog

Donut memang sedap di buat kudapan pagi ataupun waktu petang.  Tapi akak dan suami tak berapa suka rasa gula yang berlebihan...anak-anak sukalah pulak.  

Jadi akak buat 2 jenis..satu buh gula, satu lagi akak buh hotdot ayam.  Akak malas nak terap akak cuma ambil sedikit doh, pastu tarik panjang-panjang dan pusing-pusingkan dan terus goreng.

Resepi asal dari  kak Wan tapi akak ikut sukatan Izah, akak buat sekali ganda..nak dapat banyak sikit dan nak buat 2 stail punya pasal.

Bahan-bahan
200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang len\ek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh \ang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang \ang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan min\ak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

Donut hotdog ni yang habis dulu..hermmmm lain kali buat stail yang ni banyak-banyaklah.  Oh yer..hotdog tu korang goreng sekejap, potong 3 sejukkan sebentar baru lilit dengan doh donat..agak-agaklah korang nak letak tu..lepas lilit terus goreng dan gunakan api yang kecil sahaja takut cepat hangus.

6 ulasan:

  1. nyum nyummm.. ni memang sedap dim akan begitu saja.. :)

    BalasPadam
  2. wahh sedapnya yg ade sosej tu

    BalasPadam
  3. sedp nye kak ina.....hasil tgn sendiri mmg puas hati la....:D

    BalasPadam
  4. biasa makan roti hotdog je..donut hotdog lum lagi..

    BalasPadam
  5. budak2 mmg suka yg ada sosej tu. Buat roti lilit pun boleh. Cepat saja habis.

    BalasPadam
  6. aduh..sedapnya akak..donut favrot sy!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers