OOO

Ad

Selasa, Jun 11, 2013

Restoran Ikan Bakar Malim Air Keroh Melaka


Assalammualaikum

Masa gi cuti-cuti  ke Melaka bila nak cari makan malam kami cari kat area Air Keroh ajer.  Malas nak keluar jauh-jauh
Restoran Ikan Bakar Malim terletak  di Melaka International Trade Centre (MITC Ayer Keroh..masa sampai orang dah ramai..maklumlah cuti sekolah..ibubapa rajin bawa anak-anak gi lepaskan tension terutama bagi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan yang penting.
Bila dah pilih apa yang anak-anak nak, kenalah tunggu agak lama sikit..mula-mula sampai dah tentulah air kan.  Pastu sotong goreng kunyit. Masing-masing tak sabar, satu demi satu ngap...ngap..ngap..hingga tinggal sikit.
 Puyuh goreng...kesukaan akak dan suami..sedap gak
Kami tak pilih masakan bakar-bakar cuma ambil 2 jenis ikan...ikap merah dan ikan siakap yang di goreng garing dan di masak asam manis dan sweet sour.  Semua puji ikan ni sebab di goreng garing..tapi sos dia boleh tahan ajerlah.

Kira oklah makan kat sini..6 orang makan campur air..lebih RM120.00.

Ingat nak jejalan kat sini, tapi tak ada yang menarik..terus balik ke bilik..lepak-lepak.

11 ulasan:

  1. Salam K.Ina,nampak sedap puyuh goreng tu!.Atie dah lama tak g Melaka...last pergi masa zaman anak dara dulu jer :).

    BalasPadam
  2. Dulu sy duduk sekejap kt taman dpn mitc ni..tak smpt nk try makan kt restoran ni..sbb selalunya ramai org..mesti sedapkan masakan dia..balik Msia nti bolehla try..hehe..tq for sharing kak! :)

    BalasPadam
  3. meleleh air liur tengok lauk pauk tu..

    BalasPadam
  4. kalau goreng garing memang sedap

    BalasPadam
  5. saya kalau pergi Melaka mesti pergi cari ikan bakar sekali. makanan atas nih nampak sedap nih..

    BalasPadam
  6. Sedapnya tengok menu menu ni..

    BalasPadam
  7. Biasanya kalau g Melaka Liza g mkn ikan bakar kat umbai je, xtau pulak kat air keroh pun ada jugak..

    BalasPadam
  8. aah, kat ayer keroh takde apa yg menarik sgt pun kak. kalo nak gi taman buaya, zoo taman mini malaysia senang kalo duduk area ayer keroh

    BalasPadam
  9. Hurmmm... kat MITC yea... nanti boleh singgah kalau terjah melaka lagi hujung bulan nie

    BalasPadam
  10. Pekerja dia skarang ni ada kurang ajar sikit

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers