OOO

Selasa, Julai 23, 2013

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap

Assalammualaikum dan Salam Ramadan
 

Kali ni akak  ambil resepi dari blog AMIE dan AMY.  Kalau nak diikutkan memang banyak keroje kalau nak buat Nasi Ayam Penyet..tapi dek sebab tekak teringin nak rasa akak merajinkan diri membuatnya.

Kalau gi makan nasi penyet kat luar mana sup dan nasi sedap kan..cuma nasi biasa, timun dan kangkung.  Kat umah akak tak yah buat camtu pun.

Untuk Ayam
Bahan-bahan:
1 ekor ayam  - potong 4 dan asingkan bahagian isi dengan yang bukan isi seperti kaki, kepak, leher, tulang dada untuk di buat sup 
1 keping tempe -  dalam paket 
4  keping tauhu
tepung beras  - anggaran untuk tabur pada ayam,tempe dan tauhu goreng 
ulam
Bahan kisar
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis kasar
1 sudu teh jintan putih kasar
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam

Bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan untuk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes.

Cara Penyediaaan
1. Kisar bahan-bahan di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan.
2. Kemudian perap bahan kisar bersama bahagian ayam yang telah di cuci dan di bersihkan.
3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng.
4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa.
6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa. 
 

Bahan Sup
Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk -  dipotong- potong

Untuk Tumisan
3 ulas bawang putih  - di tumbuk
3 ulas bawang merah -  di hiris 
1 biji bawang besar saiz kecil - ditumbuk 
1 inci halia - di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih - ditumbuk 
rempah 3 sekawan secukupnya  - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga 
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup

Cara membuatnya
1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.
2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api.


Bahan B Serdak @ Kremes
150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*-ganti dengan rempah
10 gm garam*
10 gm gula*
* Kesemua bahan digaul rata


Caranya Buat Serdak @ kremes
1.    Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
2.   Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
3.  Panaskan minyak dan goreng semua bahan 
   bersalut sehingga tepung kekuningan dan diangkat.
4.   Hidangkan ayam penyet bersama tempe, tauhu bersalut dan sambal.
*  Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes
   (digoreng) untuk hidangan ayam penyet. Masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar bancuhan tepung delam minyak.  
Cepat-cepat kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing (cruncy).  
Angkat dan toskan..buat sampai habis..
Untuk Sambal.
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
1.  Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2.  Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4.  Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5.  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6.  Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7.  Masukkan gula merah dan gaul rata.
8.  Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

p/s fuhhh..tenguk resepi pun panjang bebeno kan

13 ulasan:

  1. nasi ayam penyet ni yg bestnye tang sambal tu.. sedap nampak.. :) tq kongsi resepi..

    BalasPadam
  2. Ayam penyet, kalau makan saya suka rasa Sambalnya. Pernah makan Kat Tesco memang sedaplah Ayam penyet plus sambal.

    Bestnya Kak ina, nak buat la nanti, save resepi kak ina ni. tunggu mood rajin mai voleh buat.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. wahh baru tahu. nanti sheila nak cubalah. hehehe. thanks kak ina sharing resepi :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Ada yang keliru..., diaorg ingatkan ianya sama atau variasi dari nasi ayam yang biasa tu...

    Kawan saya ada berniaga makanan ni di Pasar Tani UTC Melaka. Ia memang berlainan dengan makanan bernasi yang lain dan unik...


    ***********

    UnderTaker (WWE) tahu menghormati ulama

    Video Ebook Rahsia Putu Piring, Putu Bambu & 10 Aneka Putu Special

    BalasPadam
  5. x pernah buat. panjang resepinya. nanti kalau rasa nak buat leh refer sini.

    BalasPadam
  6. tq share.bila nak buat nanti boleh refer sini. tang sambal yang bestkan biasanya ayam penyet ni.

    BalasPadam
  7. salam.belum pernah cuba resepi ini lagi heee

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum kak Ina, sedap kan...berbaloi la berpoloh ketiak nak ngerjakan ayam tu sampai boleh makan...nasib baik baru buat...tp x letak entry pun lagik...malasnyaaa hadap blog...huhu

    BalasPadam
  9. As Salam kak ina, agak2 resepi ni banyak minyak tak. hehehe

    BalasPadam
  10. tak pernah makan apa lagi nak buat...hehe

    BalasPadam
  11. kalau takde tempe, memang rasa kurang je nasi ayam penyet ni. hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...