OOO

Khamis, Julai 04, 2013

Sambal Udang Galah


 Assalammualaikum

Payah tul nak dapat udang galah di pasaran sekarang ni..kalau gi pasar tani ataupun gi pasar borong baru leh jumpa.  Harganya mahal sangat kan..kecian dengan orang yang berpendapatan kecil. 

Nak buat camner kan..akak rasa bersyukur sesangat dapat gak merasa udang galah ni bila tekak teringin. 

Kalau jual udang galah sungai yang masih ada sepit, si penjual letak harga sampai RM50.00 sekilo..

..fuhhhh sabar ajerlah.  Leh dapat beras basmathi mahai 5 kilo

Akak beli yang biasa ajer ..tak doyan nak beli harga mahal camtu.


Bahan-bahan
  • 500 gm udang galah
  • 6-8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • sedikit belacan* (pilihan)
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • garam secukupnya
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak
1.  Kisar/tumbuk  bahan-bahan bertanda *. 
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sampai naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak/cili masak.
4.  Masukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan bersama garam.
5.  Masukkan udang dan hirisan bawang besar  dan perlahan api dan biarkan dalam 10-15 minit atau sehingga kuah pekat.
6.  Sebelum di tutup api rasa cukup asam garam dan barulah di padam api.
 

16 ulasan:

  1. Assalamualaikum..k.ina lahai terliurnya saya..udang galah mmg peberet saya ni....

    BalasPadam
  2. bestnya k.ina udang galah tu..mesti menjilat jari

    BalasPadam
  3. hamboih kakk...tak sanggup nak tengokk..huwaaa

    BalasPadam
  4. Sedapnya Kak ina..terliur ni.
    Teringat masa kat Sarawak Kak ina, udang galah agak murah dan sangat mudah didapati, kadang2 suami kirim kat kawan2 yang ada saudaranya memancing dan menjual udang galah fresh, memang best sangat!

    BalasPadam
  5. Sedapnya..dah la tengah puasa... dah lama tak makan udang galah..sedap!

    BalasPadam
  6. peberet Sop nih sambal udang galah... :)

    BalasPadam
  7. wahh..nampak macam cedap aje nih..

    BalasPadam
  8. Wow sedapnya sambal udang galah ni. Kalau berbuka di bulan ramadhan ni kecur air liur. Nyum2

    BalasPadam
  9. as salam, sambal menyambal..sedapnya kak.
    udang galah nie sodap masak lemak cili api gak.

    BalasPadam
  10. Udang galah ni memang kalau kat pasar borong baru la jumpa. kalau kat pasar2 jarang kot! tak pernah lagi makan, nanti boleh la cuba, masak cili api pun sedap udang galah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...masak lomak pun sodap :)

      Padam
  11. sedapnya.. dekat kampung saya ada satu sungai yang memang banyak udang galah sepit biru ni.. cuma saya takda masa je kalau balik kg. nak gi mancing.. tapi memang mahal udang galah ni kalau di jual kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai rugi lah..lain kali gi pancing..bawak balik kl..jual dengan akak

      Padam
  12. Assalamualaikum. sedapnya sambal. fav suami sheila tu. hehe wajib masak setiap hari. terliur tengok :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers