OOO

Sabtu, Ogos 03, 2013

Resepi BIskut FarmBrozen Kenari



Masa gi ke Jay Bee , kami bermalam kat umah anak buah, dia ada jual biskut ni.  Dia bagi kami rasa..wah sedapnya.   Bila dengar nama pun unik sungguh, akak pun google resepi, hermmm rupanya biskut dah fofolur lama dah.  Akak pun cuba buat..tak sangka jadi..lepas letak royal aising akak letak dulu kelapa kering hawai  baru letak badam.

Bahan A
-*250 gm tepung gandum / tepung redrose
-*100 gm gula icing
-*110 gm serbuk badam
-*195 gm butter - suhu bilik
-*1 biji kuning telur
-*80 gm susu tepung

Bahan B
-*Filling blueberry/rasberi - untuk lapisan tengah

Cara-cara:
  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang atau putih.
  2.   kemudian masukkan telur kuning, tepung, susu tepung dan badam cincang..pukul lagi hingga jadi doh.
    ***uli dengan tangan...kalau lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit hingga adunan tak melekat pada mangkuk.
  3. Sapu sedikit butter/ marjerin pada dasar dan sekeliling loyang dan alas cooking sheet pada dasar loyang.
  4.  -Lapik tray (sri guna loyang cutter 11" x 9") dengan kertas...adunan nie cukup untuk satu loyang atau tray 12x12x2
  5. Masukkan doh ke dalam loyang dan canai dengan roller kecil atau tekan-tekan dengan jari untuk meratakan doh memenuhi dasar loyang.
  6.  -Letakkan adunan dan padatkan...cucuk dengan garfu permukaan doh.
  7. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
  8. Keluarkan dari oven setelah masak. Sejukkan. Rujuk gambar 1.
  9. Seterusnya buat lapisan topping sementara menunggu  lapisan base /cookies sejuk
Bahan C (Royal Icing)
-*60 gm telur putih
-*80 gm gula halus
-*2 sudu besar tepung jagung

Hiasan
-*Badam Keping/kelapa kering secukupnya

 

Cara-cara:
  1. Satukan putih telur, gula aising dan tepung jagung. Putar dengan high speed sehingga adunan likat.
  2. Sapukan blueberry jem di atas lapisan base tadi.
  3. Kemudian tuang topping ke atas jem tadi dan ratakan.
  4. Tabur kelapa kering dan badam keping.
  5. Bakar dengan suhu 90 degree selama 1 1/2 jam.
  6. Bila sentuh permukaan topping dah kering (jika belum kering bakar lagi)tutup oven dan biarkan cookies di dalam oven selama 1 1/2 jam lagi supaya topping benar-benar kering.
  7. Potong setelah betul-betul sejuk. Letakkan ke dalam paper cup dan bolehlah dihidangkan.
 

akak gunakan pemotong pizza

NOTE : 
  • Cookies ini agak rapuh dan gebu, berhati-hati semasa  memotong.
  • Boleh letak jem kegemaran anda.
  • Gajus boleh diganti dengan badam cincang/ hazelnut / kacang tanah atau apa sahaja bahan yang sesuai.

***bagi yang menggunakan tray...potong biskut kepada beberapa bahagian ketika masih panas.
AMARAN:biskut ini sangat rapuh dan SEDAP...

10 ulasan:

  1. Sedapnya kak..boleh cuba ni :)

    BalasPadam
  2. kali pertama dengar nama kuih nih..wahh

    BalasPadam
  3. assalamualaikum, perghhh sodapnyaaa! baru first time sheila tengok ni. hehehehe

    BalasPadam
  4. Sedapnyaa.. crunchy ye kak? saya buat cheesekut baru ni, tak crunchy mcm tak sedap.. nak cuba yang ni la pulak.. mcm sedap..

    baca : Surat Luahan Hati Guru Untuk Ibu Bapa

    BalasPadam
  5. Kuih cam nie kena makan slow kalau tak habis berterabur kat lantai...hehehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers