OOO

Sabtu, Ogos 03, 2013

KERJASAMA ASTRO DAN TM UNTUK KANDUNGAN SUKAN TEMPATAN DAN ANTARABANGS


Dua saluran sukan Astro, Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD akan disediakan menerusi perkhidmatan IPTV TM, HyppTV.

Astro mengalu-alukan kehadiran TM sebagai penaja penyiar rasmi bersama untuk Astro Liga Super Malaysia, Astro Liga Premier Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia.

Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (MBNS), anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) hari ini telah menandatangani sebuah perjanjian kerjasama bersama TM Net Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Berhad) (TM) yang akan menyiarkan saluran Astro SuperSport HD dan Astro Supersport 2 HD (saluran ASSP secara kolektif) menerusi perkhidmatan Televisyen Protokol Internet TM, HyppTV mulai 1 Ogos 2013.

Kedua buah saluran Astro SuperSport ini akan menyiarkan perlawanan Liga Perdana Barclays (BPL) yang terpilih dan kandungan-kandungan sukan yang lain. Kedua belah pihak turut bersetuju untuk meneruskan kerjasama bagi menyiarkan saluran televisyen NJOI dan stesyen radio terpilih menerusi Hypp TV, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.


Turut hadir sewaktu majlis menandatangani yang dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada hari ini ialah Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro dan Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM.
 
Signing of Astro-TM Collaboration for Local & International Sports (L to R): Hairuddin Omar (ATM Football player), Dato' Rohana Rozhan (CEO, Astro), YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek (Minister of Communications and Multimedia), Tan Sri Dato' Sri Zamzamzairaini Mohd Isa (Group CEO, TM) & Nasriq Baharom (Selangor Football Player)


YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, “Saya percaya tiada apa yang dapat menyatukan individu, keluarga dan komuniti sebagaimana yang dapat dilakukan oleh sukan. Selain mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat, sukan juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan integrasi kebangsaan dan perpaduan. Oleh sebab itulah kita harus lebih berusaha untuk menyokong pembangunan sukan tanah air di Malaysia. Saya amat berbesar hati kerana dua peneraju utama dalam bidang ini iaitu Astro dan TM telah mengiktiraf kepentingan sukan dan saling bekerjasama untuk berkongsi kandungan yang akan menguntungkan semua peminat sukan di negara ini. Ini adalah sejajar dengan misi kerajaan untuk menghasilkan lebih kandungan untuk diakses dan menggalakkan pembangunan industri kandungan tempatan yang merangkumi sukan, hiburan, fakta dan lain-lain.".

Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata, “Aspirasi Astro adalah untuk menjadi pencipta, penerbit, pembekal dan pengedar utama kandungan di Malaysia. Kami mengiktiraf keperluan untuk terus berkembang untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. Pada hari ini Astro telah menjadi gedung sukan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan 14 buah saluran sukan yang boleh didapati dalam bentuk SD, HD, di rumah kediaman dalam bentuk satelit, IPTV dan OTT serta perkhidmatan Astro On-The-Go (AOTG).

Astro terus komited dalam menyediakan platform bagi ahli sukan negara untuk bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa. Semenjak mula dilancarkan pada 3 tahun lepas, Astro Arena ternyata telah menarik perhatian kelompok peminat sukan tanah air yang mana perlawanan-perlawanan seperti Sukan Asia, Sukan SEA, Piala Malaysia dan Piala FA berjaya mencatatkan jumlah rating yang amat memberangsangkan. Pihak Astro juga akan terus membawakan liputan sukan tempatan yang lebih terperinci agar dapat menarik perhatian pihak penaja yang dapat menguntungkan industri sukan. Jumlah pelaburan kami dalam bidang kandungan sukan tempatan juga telah meningkat sebanyak 20% daripada jumlah kos kandungan sukan keseluruhan.

Pada hari ini kami berasa amat gembira kerana kandungan IP serta jenama kami iaitu ASSP HD dan ASSP 2 HD, serta usaha berterusan pihak kami dalam mempromosikan sukan tempatan menerusi penajaan seperti Astro Liga Super Malaysia, Astro Liga Premier Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia diberi pengiktirafan menerusi kerjasama bersama pihak TM.”

Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM berkata, “Sebagai peneraju jalur lebar di Malaysia, kami amat berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama ini yang mana pihak HyppTV akan menawarkan kandungan sukan yang lebih premium khas untuk para penonton HyppTV. Ini sekaligus bertetapan dengan janji kami untuk memberikan kandungan antarabangsa yang berkualiti dan terbaik kepada para pelanggan.

Sejak dilancarkan, HyppTV merupakan perkhidmatan IPTV yang paling cepat berkembang. Ini adalah sejajar dengan aspirasi kami untuk menerapkan gaya hidup digital yang bersepadu di kalangan rakyat Malaysia, yang mana capaian HyppTV ke rumah kediaman dan pelanggan telah meningkat kerana perkhidmatan ini boleh dinikmati di seluruh negara menerusi Streamyx 4Mbps dan 8Mbps; selain boleh diakses melalui alat peranti di mana-mana sahaja – bertepatan dengan tagline “Primetime, Anytime, Everytime” dan kini, “Everywhere”.

Kandungan sukan tambahan yang diperolehi menerusi kerjasama ini pastinya dapat menaikkan nilai pakej sukan yang sedia ada, yang mana ia kini menawarkan 13 buah saluran sukan yang memberi lebih nilai untuk setiap wang yang dibelanjakan oleh pelanggan kami.

Dengan kerjasama yang termeterai dengan pihak Astro, kami telah dapat memupuk industri perkongsian yang lebih sihat di kalangan pembekal kerana ia bukan sahaja dapat menguntungkan kedua pihak sahaja, malah dapat memberi kesan kepada seluruh negara.”

Sehingga kini, HyppTV mempunyai 110 buah saluran yang mana 29 daripada adalah dalam bentuk definisi tinggi (HD). 110 buah saluran tersebut juga merangkumi 25 buah saluran percuma, 8 buah stesyen radio, 49 buah saluran premium, 16 buah genre Video-On-Demand (VOD) dan 20 buah saluran interaktif.

Dengan dua buah saluran sukan terbaru ini, HyppTV kini menawarkan Pek Sukan dengan 13 buah saluran iaitu Astro SuperSport HD dan Astro Supersport 2 HD, HyppSports HD, HyppSports HD2, HyppSports HD3, HyppSports HD4, FOX Football Channel HD, TRACE Sports HD, MUTV, HyppXtreme HD, HyppSports On Demand, FOX Football Channel ON Demand dan HyppSports Academy.

Kini, Astro menawarkan lebih 170 buah saluran yang mana 37 daripadanya adalah saluran dalam bentuk definisi tinggi (HD), 14 buah saluran sukan seperti Astro SuperSport, Astro SuperSport 2, Astro SuperSport 3 dan Fox Sports dalam bentuk SD dan HD, Astro SuperSport 4, Fox Sports News, Euro Sports, Star Sports, Golf Channel dan Astro Arena yang menawarkan liputan terbesar dan terperinci untuk program-program sukan tempatan dan antarabangsa secara langsung.
Untuk maklumat lanjut mengenai Astro, sila layari www.astro.com.my
Untuk maklumat lanjut mengenai TM sila layari www.tm.com.my



3 ulasan:

  1. jadi duta Astro nampak Kak Ina sekarang :)

    BalasPadam
  2. Eloklah keduaa-dua syarikat Besar ni bergabung demi membangunkan sukan Bola Sepak tanah air...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...