OOO

Khamis, Ogos 15, 2013

Resepi Rendang Ayam Basah Harum

 Assalammualaikum semua
Mood raya masih ada tapi akak tak ada mood bila suami dah tiada di sisi. Yang buat kelainan rendang ayam kali sebab ada rempah penumis 4 sekawan dan bawang hiris.

Terima kasih buat Chef Mat Gebu yang sudi berkongsi resepi tapi akak ada tambah dua tiga lagi bahan.


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (kurang lebih 1.3 kg), potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan
3 cawan pati santan-guna 2 cawan
2 keping asam gelugor
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, mayang halus
1 camca besar penuh gula melaka
3 camca besar kerisik-guna 2 sudu ajer
3 camca besar cili kisar (nak pedas boleh tambah lagi)
1 kiub ayam (optinal)-tak letak
Garam secukup rasa
sedikit minyak jagung/minyak masak
#1 camca besar serbuk kari-akak tambah


BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras-tak letak
6 batang serai, hiris halus

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga



Cara-cara :
Tumiskan rempah 4 sekawan bersama bahan hiris, bahan-bahan kisar, serbuk kari dan cili kisar/cili kering sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan gaul rata.  Masukkan santan,gaul sebati, sekali sekali kacau.Masukkan asam gelugor dan juga sedikit garam. Kacau rata.
Bila pekat, tambah daun limau purut, kerisik dan gula melaka, kacau. Masak dengan api kecil hingga rendang jadi pekat dan tidak terlalu berkuah.
Masukkan daun kunyit yang dimayang halus, kacau dan rasa, jika kurang masin, tambah sedikit garam. 
Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi sedap, nasi impit, lemang ataupun ketupat.


7 ulasan:

  1. sedapnye makan ngan ketupatt...nomnom

    BalasPadam
  2. berkuah ni sedap cicah dengan roti...alahai lapau pula rasa bila tgk rendang ni..

    BalasPadam
  3. terliurnye tengok ayam berkuah akak tu.... mmmmm sedapnye klu cicah dgn lempeng / cekodok / nasi impit.... perghhhhhh tak terkata nikmatnye, subhanallah...

    tkasih atas sharing resipi....

    wana7370

    BalasPadam
  4. FIRST TIME TENGOK MASAK RENDANG AYAM PAKAI BUAH PELAGA SEMUA TU. tapi tengok ni dah sedap. cicah roti layan woooooooo

    BalasPadam
  5. akak... tak nak ajak aku ke open house ke? eh? hehehe. selamat hari raya kak! biskut akak abes pada raya ketiga.. kesemuanya habis. hehehe

    BalasPadam
  6. menyelerakan.. telan air liur jelah tengok gambar ni kak.


    My recent post : Coolkan Blog Dengan CoolBlog

    BalasPadam
  7. Where you can find legitimate people who was then rejected due to flabbiness but now praised for having a
    body figure every man and woman envies. It is proven to reduce most people's weight
    by a pound a day, and when I read about that, I called immediately.
    This is when you'll see major weight changes
    - sometimes up to a pound a day.

    Stop by my blog post: weight loss and hcg diet

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers