OOO

Khamis, Oktober 24, 2013

Beras Bario Sarawak- Kenapa Beras Ini Mahal

Assalammualaikum semua
Salah satu produk yang famous amos ialah hasil bumi dari Sarawak iaitu padi huma (tanah tinggi) yang ditanam di kawasan Bario di Sarawak. Terdapat dalam dua jenis, beras putih dan beras yang kalernye keperang-perangan.
 Beras merah juga dikenali sebagai beras bario yang mempunyai beberapa khasiat, iaitu:
* Mempercepatkan pencernaan makanan.
* Menurunkan atau mengurangkan pengumpulan plak atherosclerotis disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam diet.
* Dipercayai dapat menghindari barah.

Struktur bijirinnya lebih kecil dan melekit seperti pulut. Lebih menarik lagi, walaupun nasi dimakan dalam kuantiti yang banyak, ia tidak akan membuatkan perut anda senak kekenyangan.

Beras Bario merupakan antara beras tersohor di negara ini kerana rasanya berbeza daripada beras biasa.Ini kerana ia lebih lemak, saiz lebih kecil dan yang penting lebih mahal iaitu antara RM25 hingga RM30 segantang (3.5 kilogram).

Beras Bario dijual dengan harga mahal kerana produk itu terpaksa diterbangkan ke Miri menggunakan pesawat ataupun pengangkutan darat melalui jalan balak yang mengambil masa perjalanan sehingga 12 jam untuk sampai ke bandar raya itu.
Bila dah sampai di Miri, sudah semestinya akak  pasti tidak melepaskan peluang untuk menikmati beras Bario
airnya mesti dikurangkan..penjual besar 
bario yang ajar camner nak masak  di Pasar Tamu Miri
Dapat gak merasa keenakan beras bario yang berbau harum dan berasnya sungguh lembut.   Beras Bario yang ditanam di Bario mempunyai rahsia tersendiri kerana sumber air yang mengairi sawah padi tersebut berasal dari kawasan pergunungan. Beras Bario dihasilkan secara organik dan bebas daripada pencemaran alam, menyebabkan ia selamat dan sesuai dimakan oleh semua peringkat umur.
Pekena pulak dengan kari ayam campur kentang.
Goreng pulak telur ikan terubuk masin..wallla


19 ulasan:

  1. Pertama kali dengar beras nie..thanks sharing..

    BalasPadam
  2. aduh kak... teringin nak cuba telur terubuk tu..

    pernah tengok rancangan yg cerita pasal beras bario ni..dengar kata sayangnya makin susah nak dapat sbb anak muda taknak usahakan.. lagi suka pegi bandar cari kerja di bandar.. sayang kalau pupus..

    BalasPadam
  3. xpernah lagi makan beras tu.nanti nak pesanla kat kawan suruh beli.

    BalasPadam
  4. Tak pernah rasa lagi beras bario mahupun telur terubuk tu kak.

    BalasPadam
  5. Bear Bario memang terkenal di Sarawak ini.

    BalasPadam
  6. pernah dengar beras Bario tetapi belum pernah rasa lagi, patut ler mahal.........

    BalasPadam
  7. kat mana ada jual beras bario ni ye kak? Saya suka betul nak cuba makanan2 kesihatan mcm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jenuh puan ina explain kat atas asal beras ni.

      Padam
    2. kat semenanjung tak jual ke?

      Padam
  8. nak tanam susah sbb tu mahal betul

    BalasPadam
  9. Menariknya..blum pernah pegi sarawak lagi. kalau ada rezeki satu hari nanti, blehla beras ni masuk list benda nak beli..hehe

    BalasPadam
  10. seronok gak ya dapat cuba beras bario

    BalasPadam
  11. Selalunya apa-apa produk yang dihasilkan secara organik lebih mahal dari biasa tapi lebih sedap dan berkhasiat kan

    BalasPadam
  12. Agak2 kat Kuching ada jual x kak..SA nk pi Sarawak 9hb - 12hb...

    BalasPadam
  13. Assalam,

    Tumpang ya cikpuan blog :)

    Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk2 makanan & kraf dari Sarawak - Kek lapis, terubuk masin, beras bario, pes laksa sarawak dll, jemput ke website saya. Terima kasih

    http://www.kedaiummie.com.my/

    BalasPadam
  14. Wau telur terubuk masinla! Sy xbeli pun time g miri ritu sbb mahal bebenor sebijik tu smpai rm70..peniaga tu ckp sbb skrg susah nk dpt sbb tu mahal.borong ikan je sbb murah..hihi

    BalasPadam
  15. sy org sarawak.. first time sy mkn nasi dari beras bario ni sy mkn tak berlauk, kerana kewangianya sudah cukup untuk sy melupakan lauk pauk

    BalasPadam
  16. Saya ada beli beras bario ni..dari www.kedaiummi.com. kt semenanjung mmg ssh la nk cari. Mmg agak mhl. Rm30 2 kg. Campur pos rm35...jadi rm65.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers