OOO

Selasa, Oktober 01, 2013

Rancangan Antabax ‘Lat-Tali-Lat’ di Astro Ria, Saluran 104

‘Lat-Tali-Lat-Tali-Tam-Plom’ masihkah anda ingat ungkapan yang biasa didengar pada zaman kanak-kanak anda? Malangnya, di zaman digital yang penuh dengan telefon pintar, tablet dan komputer riba serta permainan interaktifnya, kanak-kanak nampaknya semakin lupa akan permainan tradisional warisan budaya.
Antabax, rangkaian sediaan jaga diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif serta menyediakan perlindungan 24 jam terhadap 99.9% kuman, telah mengambil inisiatif bagi memperkenalkan semula permainan tradisional Malaysia kepada kanak-kanak menerusi satu rancangan realiti.

Siri setengah jam 10 episod ini merupakan yang pertama di Malaysia yang menggunakan permainan tradisional sebagai satu cara bagi memupuk tabiat penjagaan kebersihan diri. Ia dinamakan ‘Lat-Tali-Lat’ dan akan ke udara bermula 6 Oktober di Astro Ria, Saluran 104 pada jam 6.30 petang.
Antabax ‘Lat-Tali-Lat’ merupakan kerjasama antara Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, pemilik jenama Antabax dan kumpulan hiburan media konsumer bersepadu terkemuka di Malaysia, ASTRO.
 
Rancangan ini menampilkan 24 orang peserta dari sekolah-sekolah rendah yang akan beradu kecekapan dalam permainan tradisional Malaysia yang unik seperti Baling Tin, Konda Kondi, Tarik Upih, Galah Panjang, Tuju Tin dan Keting Ting.

Ibu bapa kepada para peserta juga mempunyai peranan masing-masing di mana mereka akan ‘didenda’ secara kreatif bagi setiap kesilapan anak mereka.
Hadiah berjumlah melebihi RM40,000 bakal dimenangi, dengan pasukan yang menang akan membawa pulang RM15,000 dana pendidikan, RM1,000 untuk sekolah yang diwakili, hamper produk daripada Antabax, tiket ke Legoland dan Hello Kitty Land serta jam tangan Swatch.
Rancangan yang dikendalikan oleh gandingan pengacara pelawak Jambu ini menjanjikan persaingan sihat, tips kesihatan dan kebersihan diri, serta dijangka mampu menarik perhatian penonton daripada pelbagai lapisan umur. Warga emas dan ibu bapa akan terkenangkan kembali permainan yang pernah mereka main suatu ketika dulu manakala bagi kanak-kanak pula, ia bakal menjadi suatu pengalaman baru yang menyeronokkan bermain dengan batu kerikil, pelepah kelapa dan melukis garisan dengan kapur.

Rancangan ‘Lat-Tali-Lat’ yang penuh nostalgia, pendidikan dan kaya dengan warisan ini amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga, malah mungkin mampu mengalihkan perhatian kanak-kanak daripada telefon, tablet dan konsol permainan mereka buat seketika, membantu mereka mengenal semula makna interaksi sosial dengan kanak-kanak lain serta orang dewasa dan memupuk fizikal yang aktif.

Menurut Pengurus Besar Produk Jaga Diri dan Rumah, Jabatan Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Encik Francis Ng, Antabax telah lama mempromosikan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri secara kreatif bagi membantu lebih ramai individu mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
 “Tahun ini, Antabax bekerjasama dengan lebih 40 buah sekolah untuk mempopularkan semula Tepuk Amai-Amai bagi menyampaikan mesej kebersihan diri sebagai sesuatu yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Menerusi siri Lat-Tali-Lat ini, kami meneruskan agenda mempromosikan permainan tradisional Malaysia sebagai satu cara memelihara budaya dan warisan kita supaya dikenali oleh generasi akan datang. Mesej yang cukup jelas mengenai amalan kesihatan dan kebersihan diri yang terdapat dalam siri ini membawa manfaat sampingan, iaitu membuatkan kita sentiasa berwaspada terhadap epidemik seperti demam selesema.”
 kredit pic : Mr Jocko
Menurut kajian, tangan manusia secara purata mengandungi hampir 150 spesies bakteria berbeza [1], manakala 80 peratus [2] jangkitan berlaku menerusi tangan yang tidak bersih. Tabiat yang mudah iaitu membasuh tangan dengan sabun atau mensanitasikannya mampu menurunkan angka ini secara drastik.

Kata Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad:
“Kami di Antabax dan Lam Soon sentiasa cuba mendekati orang awam, komuniti dan budaya untuk berbakti. Siri Lat-Tali-Lat ini merupakan sumbangan kami kepada pendidikan gaya hidup sempurna dan pemeliharaan budaya Malaysia bersama.”

“Siri Antabax Lat-Tali-Lat ini merupakan satu percubaan baru dalam mempopularkan semula permainan tradisional. Ramai pelajar sekolah tidak kenal permainan yang kita main sewaktu kecil dan interaksi sosial ketika bermain telah semakin pudar di kalangan anak-anak kita akibat telefon bimbit dan permainan online yang kebanyakannya ialah aktiviti bersifat bersendirian.”
Majlis pelancaran juga menyaksikan pertembungan antara pihak media dengan sebahagian kanak-kanak yang menyertai rancangan Lat-Tali-Lat dalam permainan tradisional seperti Batu Seremban, Main Lidi dan Main Tudung Botol.
“Kami berharap lebih ramai penonton akan menonton dengan anak-anak mereka bagi mengimbau semula kenangan zaman kanak-kanak mereka dan membantu anak-anak mereka mengenali permainan ini, di samping mempelajari tentang kesihatan dan kebersihan diri,” – Encik Ng
Rancangan Antabax Lat-Tali-Lat akan disiarkan pada setiap Ahad, bermula 6 Oktober, pada jam 6.30 petang dan siaran ulangan pada setiap Sabtu, jam 9 malam.

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina. wahh best ni. jumpa Jambu pulak tu. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mualaikumsalam sheila. Lupa nak ambil gambar dengan mereka

      Padam
  2. saya sempat jugak la main benda2 tu,,, maklum la orang kampunggg

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun pernah main gak permainan ni walaupun duk kat bandar tapi nama kampung puah. seronok

      Padam
    2. Oh, Kak Ina ni duk kat Kampung Puah ke? Dekat ngan Restoran Le Chateau de Puah tu ke?

      Padam
  3. kak ina pergi yer?
    Sop x dapat join majlis pelancaran tersebut sbb pergi event lain,, hehehe

    BalasPadam
  4. Salam Kak Ina, nostalgia betul semua permainan tu...! teringat zaman kita kecik-kecik dahulu ...

    nurazzah8
    http://www.nurazzah8.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Siapa yang tak kenal permaianan tutup botol tu. Memang best. Tapi budak2 sekarang ni tau iPad je. Hehe

    BalasPadam
  6. Permainan klasik ini pernah dimainkan ketika budak dahulu bersama kawan-kawan. Baru keluar peluh setakat main Candy Crush tak jadi apa. :-)

    BalasPadam
  7. Sempat jugalah saya main permainan ni semua masa kecik-kecik dulu. Masa tu mana ada internet bagai ni. Main masak-masak, batu seremban dan sebagainyalah untuk memenuhi masa terluang yang banyak tu.

    BalasPadam
  8. dulu saya pernah main permainan ini, jadi teringat masa kecil Agen Bola

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers