Assalammualaikum semua
Ada yang panggil puding oreo, agar milo lapis oreo,bercoklat. Puding ni dah jadi fenomena dah lama dah bagi sape yang sukakan puding yang sejuk dan lazat bila di makan waktu cuaca panas.
Cuma akak ajer yang ketinggalan ketapi...bukan tak nak buat, satu sebab anak lelaki dan suami memang tak gemar benda camni. Yang gemar akak dan anak-anak perempuan ajer tu pasal tak terbuat-buat.
Sementara Yana masih ada kat umah ni akak suruh ajer dia buat. Akak kurangkan gula sebanyak 20gm sebab ada yang kata rasanya manis dan guna ajer agar bertali tu tapi kena tapis dululah yer. Katanya juga Dato Siti Nurhaliza pun dah cuba resepi dari blog Alongroz ni.
Lain kali kalau buat lapisan coklat kena lebihkan sikit tak leh 2 cawan sebab lapisan tak cun aa. Yana kata loyang mak ni dah senget benget. erhmmm...tak perlah kan janji sodapppppp.
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula-akak kurangkan 20gm
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.
whoaaa.... rasa coklat yang banyak nie....sesuai sangat untuk bebudak nie....
BalasPadambaik
Padamsaya ada gak buat yang lapis milo aritu kak... tapi tak terfikir pulak nak letak oreo camni.. boleh try ni...
BalasPadamBab melapis ni yang malas kak apa taknya nak kena tunggu2 pulak. Pinggan tu, kenangan mengusik jiwa betul kak!
BalasPadamSalam K.ina...bahan2 dah ada nanti nk memuding cam k.ina lak...nampak sedap!
BalasPadamErmm sedap nyer nampak Kak Ina.. Makan sejuk2 mmg marbeles kan :)
BalasPadamSusu menyebabkan rasanya berlemak dan marvelous.
BalasPadamalahai best tu..tengok time hujan cmni makin lapar rasanya..huhu.. bleh try buat ni..
BalasPadamAssalamualaikum kak ina. wallah! terliur sheila tengok. nak cuba buat juga insyallah. thanks sharing resepi sedap-sedap ni :)
BalasPadamwah~ nampak sedap.. dah lar memang minat oreo.. kena cuba buat nih...
BalasPadamboleh try resepi nie......
BalasPadamhaiiii sedapnye nmpakk..acctually nk buat side income tak smbil buat puding oreo niy..
BalasPadamhsil lmyan taw..hanya modal RM55 shja..utk mklumat lnjut sila whatapps 0174741807
or wechat: _mimy12