OOO

Rabu, Oktober 02, 2013

Resepi Kepak Ayam Goreng Berempah

Assalammualaikum semua
Kegemaran anak-anak kepak ayam ni...kalau beli ayam kan cuma ada 2 kepak ajer..ashiklah berebut dengan mak dia.  Akak beli kepak ajer kali ni tapi cam biasalah kalau beli kepak ajer harganya mahai sikitlah.
Bahan-bahan
  • 12-15 kepak ayam
  • 3 batang serai*
  • 6 biji bawang putih*
  • 4 bawang merah*
  • 1 sudu serbuk kunyit*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 2 sudu makan rempah kari babas
  • 1 sudu makan serbuk cili (cili kisar pun boleh)
  • garam secukupnya
  • sedikit gula
  • minyak untuk  menggoreng
  • 4-6 tangkai daun kari
Cara-caranya
1. Basuh kepak  dan toskan.
2. Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
3. Masukkan ke dalam bekas berisi kepak ayam dan gaul rata semua bahan kisar.
4. Masukkan serbuk rempah kari, garam, sedikit gula dan serbuk cili (cili kisar)
5. Peraplah selama mana yang boleh tapi sekurang-kurangnya 1 jam.
6. Goreng dalam minyak yang banyak secara deep fry dan masukkan bersama se tangkai daun kari. Sedap di makan panas-panas.

13 ulasan:

  1. Dah le belum makan tengahari tengok kepak ayam Kak Ina ni rasa nak terbang balik umah...:)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum k.ina rasakan cam Uj nak mintak jer seketui..yg masih panas tu...=)

    BalasPadam
  3. .KALAU BAB AYAM GORENG MESTI ANAK2 SUKA. NAK PULA YG BEREMPAH MCM NI , MESTI MAKAN BEREBUT,

    BalasPadam
  4. terliur dh ni..zaza pun hantu kepak! leh cuba..tq kak ina :)

    BalasPadam
  5. Ayam berempah ni memang sedap. Tak kira la bahagian mana pun kan kak.

    BalasPadam
  6. part ayam yg paling sedap kepaknyalahkan..itu yg berebut. elok juga ina beli kepak saja takde berebut lagi dah :)

    BalasPadam
  7. Saya suka makan kerak rempah dengan nasi putih. :-)

    BalasPadam
  8. nyum3!!! terliur pula deno :)

    BalasPadam
  9. ayam goreng memang sedap.

    BalasPadam
  10. Kalau saya lebih suka makan drumstik @ peha ayam... hehehehe

    BalasPadam
  11. Makanan lagi... terasa lapar pulak bila baca dah dah nak dekat waktu makan nih!

    BalasPadam
  12. nasib baik saya tak berapa makan kepak ayam, so tak perlu nak berebut dengan anak.....hihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers