OOO

Ad

Jumaat, Oktober 11, 2013

Resepi Nasi Kabsa Ayam Sedap ♡♡♥♥

Assalammualaikum semua

Bila gi ke blog kujie.com ternampak resepi nasi arab yang sedaplahh dan mudah pula nak disediakan.  Yang paling utama bahan mesti cukuplahhhh..

Nama nasi ni Nasi Kabsa Beras Basmathi Jasmine sebab guna beras mahai  yang ada kat umah, walaupun mahai tapi hasilnya memang memuaskan hati.  Kujie guna kambing..akak tukar guna ayamlahh.

Bahan bahannya
  • 3 cawan beras Basmati, saya guna Beras Basmathi King Jasmine Special Super Long Aromatic Variety  direndam 30 minit dan ditos
  • 4½ cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1 inci halia dimayang halus
  • 1 labu bawang besar di potong dadu
  • 3 sudu makan minyak zaitun-guna minyak jagung
  • akak tambah 1 biji tomato-potong 4
 
  • saffron / pewarna kuning

Bahan menumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2-3 bunga cengkih
  • 1 bunga lawang
  • 3-4 buah pelaga
Penyediaan Ayam
  • 12 ketul ayam
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk ketembar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 inci halia dimayang halus
  • garam
Semua bahan direbus hingga ayam masak..jika mau makan nasi bersama sup, tambah air lagi 3 cawan yer.


Cara Masak Nasi Kabsa

  • Tumis bahan menumis.  Bila terbit bau, masukkan bawang besar, tomato dan halia.  Kacau sehingga terbit bau
  • Masukkan serbuk jintan, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam.
  • Masukkan beras.  Kacau sehingga hampir kering.
  • Masukkan air rebusan ayam  
  • Masukkan sos tomato dan masak hingga kering.


Gunakan garpu untuk mengembur-gembur nasi.  Titik 5-6 titik pewarna kuning dan tutup periuk nasi. Biarkan 5 minit dan sekali lagi kuis dan gembur nasi dengan berhati-hati supaya nasi tidak pecah.

Untuk Hanith Chicken akak ambil dari resepi kat SINI



 Bahan-bahan
1 tbsp cumin powder- kalu letak 2 tbsp pon ok gak
1 tsp serbuk kunyit..saya letak 1/2 tsp jer kureng kuning..
1 tsp coriander powder
1tsp Arabic mixed spices-ganti rempah masalla
1-2 tbsp minyak masak

Letakkan kesemua ayam  ke atas aluminium foil (aluminium foil tu kena double /tripel supaya tak koyak..ok)..lumurkan dengan ke semua bahan di atas hingga ok,
 
 masukkan sedikit air sup tadi (di atas), dalam 1/3 cawan dan tutup aluminium foil rapat- rapat dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan api yang paling kuat selam 10-15 minit jer.

Akak tak buat salsa..cukup dengan sup ajer dah sedap.

13 ulasan:

  1. Tetiba dapat idea untuk masak Raya Haji nanti.

    BalasPadam
  2. tima kasih di atas perkongsian resepi sgt berguna...
    Boleh try masak nanti...

    BalasPadam
  3. fuhh..lapar..lapar..saya lapar...

    BalasPadam
  4. Masakan arab kegemaran saya. Teriang-iang teringatkan makan nasi arab di Dubai dan Lubnan beberapa tahun dahulu.

    BalasPadam
  5. Kalau dah masak ngan beras basmathi memang sedap mengenyangkan la nasik arab nie

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian , tak pernah masak..lepas ni nak cuba lah pulak

    BalasPadam
  7. Waa sedapnye..ala mane nak cari saffron ek area nilai ni..

    BalasPadam
  8. tak pernah makan nasi kabsa...boleh try...

    BalasPadam
  9. hurmm~ mesti sedap nasi kabsa nih... saya ada pernah buat juga, tapi tak cukup bahan... jadi mcm kurang sikit rasa dia...

    BalasPadam
  10. melelh air liur tengok..saya masak jugak tapi tak la mampu nak masak cam resepi ni , tapi saya pki pes segera nasi arab jenama al-bayt..seng siap ngan beras basmathy dan rempah sekali, alhamdullilah suami suka itu yang penting... jemput singgah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/mudahnya-memasak-nasi-arab-hanya-di.html

    BalasPadam
  11. kalu kawe nasi kerabu lagi sadap,

    BalasPadam
  12. salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers