OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi nasi kabsa kambing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi nasi kabsa kambing. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 11, 2013

Resepi Nasi Kabsa Ayam Sedap ♡♡♥♥

Assalammualaikum semua

Bila gi ke blog kujie.com ternampak resepi nasi arab yang sedaplahh dan mudah pula nak disediakan.  Yang paling utama bahan mesti cukuplahhhh..

Nama nasi ni Nasi Kabsa Beras Basmathi Jasmine sebab guna beras mahai  yang ada kat umah, walaupun mahai tapi hasilnya memang memuaskan hati.  Kujie guna kambing..akak tukar guna ayamlahh.

Bahan bahannya
  • 3 cawan beras Basmati, saya guna Beras Basmathi King Jasmine Special Super Long Aromatic Variety  direndam 30 minit dan ditos
  • 4½ cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1 inci halia dimayang halus
  • 1 labu bawang besar di potong dadu
  • 3 sudu makan minyak zaitun-guna minyak jagung
  • akak tambah 1 biji tomato-potong 4
 
  • saffron / pewarna kuning

Bahan menumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2-3 bunga cengkih
  • 1 bunga lawang
  • 3-4 buah pelaga
Penyediaan Ayam
  • 12 ketul ayam
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk ketembar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 inci halia dimayang halus
  • garam
Semua bahan direbus hingga ayam masak..jika mau makan nasi bersama sup, tambah air lagi 3 cawan yer.


Cara Masak Nasi Kabsa

  • Tumis bahan menumis.  Bila terbit bau, masukkan bawang besar, tomato dan halia.  Kacau sehingga terbit bau
  • Masukkan serbuk jintan, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam.
  • Masukkan beras.  Kacau sehingga hampir kering.
  • Masukkan air rebusan ayam  
  • Masukkan sos tomato dan masak hingga kering.


Gunakan garpu untuk mengembur-gembur nasi.  Titik 5-6 titik pewarna kuning dan tutup periuk nasi. Biarkan 5 minit dan sekali lagi kuis dan gembur nasi dengan berhati-hati supaya nasi tidak pecah.

Untuk Hanith Chicken akak ambil dari resepi kat SINI



 Bahan-bahan
1 tbsp cumin powder- kalu letak 2 tbsp pon ok gak
1 tsp serbuk kunyit..saya letak 1/2 tsp jer kureng kuning..
1 tsp coriander powder
1tsp Arabic mixed spices-ganti rempah masalla
1-2 tbsp minyak masak

Letakkan kesemua ayam  ke atas aluminium foil (aluminium foil tu kena double /tripel supaya tak koyak..ok)..lumurkan dengan ke semua bahan di atas hingga ok,
 
 masukkan sedikit air sup tadi (di atas), dalam 1/3 cawan dan tutup aluminium foil rapat- rapat dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan api yang paling kuat selam 10-15 minit jer.

Akak tak buat salsa..cukup dengan sup ajer dah sedap.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...