OOO

Ad

Jumaat, Oktober 18, 2013

Resepi Soto Ayam Sedap

Assalammualaikum semua

Minggu yang sibuk sesangat..banyak urusan yang perlu di settlekan sebelum berangkat tahun depan.
Sape tak suka makan soto sila angkat key board..akak paling suka makan sup camni.  Nak buat pun tak renyah.

Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih   
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah                    
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk

Caranya Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.  

Bahan-bahannya
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang goreng
secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, gula & garam. Gaul hingga rata dan sebati. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn telur sebelum digoreng dalam minyak panas.


Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2.  2 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi


Cara-caranya
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat.
2. Masukkan kicap dan perahkan limau
3. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit atau lontong
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang

Cara Menghidang
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)


20 ulasan:

  1. sapa x suka soto mmg rugi lahhh kak ina... tp sy x rajin sgt mmbuatnyerr... huhu...

    paling suka soto nenek saya.. seorang jawa spore.. soto ke, lontong ke, sambal goreng ke.. ahhh rindu nak makan!

    BalasPadam
  2. Dah lama nak makan, tp nak buat malas..

    Ok, nk save resepi ni dulu, bila mood rajin mai baru nak buat..hehee
    TQ kak Ina ;D

    BalasPadam
  3. kak ina, apa beza kuah soto tu dgn sup ayam? Sebab ada jual rempah soto tu nampak pekat je kuah dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada yang suka masukkan rempah/pes soto nak bagi lagi pekat kuahnya. Ada yang suka buat macam sup ajer

      Padam
  4. assalamualaikum kakina...sedapnya tengok soto tu...

    BalasPadam
  5. Bahagian paling seronok apabila tuang kuah sup boleh dengar bunyi dihasilkan dari bihun goreng.

    BalasPadam
  6. D5 suker sgt2 soto mmg terbaek lah :D..

    BalasPadam
  7. Makan soto nie kena ada sambal kicap barulah berselera....

    BalasPadam
  8. lau muism raya puasa selalu la makan soto ni..

    BalasPadam
  9. amboi, mcm sedap jer soto nih.. resepi original tanpa perlu tambah rempah sup/soto yang biasa dijual dikedai...
    soto nih kalau ada bergedil, fuh... serious sedap~

    BalasPadam
  10. I like....

    Nak cuba guna resepi ni pulak nanti... mohon pinjam resepi akak yer...

    BalasPadam
  11. I like....

    Nak cuba guna resepi ni pulak nanti... mohon pinjam resepi akak yer...

    BalasPadam
  12. I like....

    Nak cuba guna resepi ni pulak nanti... mohon pinjam resepi akak yer...

    BalasPadam
  13. SA dah pandai buat mee soto...memang sedap....letak begedil pun sedap...

    BalasPadam
  14. nampak sedap
    terima kasih atas resepinya :)

    BalasPadam
  15. Mohin share. Dah ada pes segera dr Msia. So nk buat yg lain2.

    BalasPadam
  16. sedapnya soto...
    xsempat makan masa berya umah mentua ritu..
    kena buat sendiri ni...

    Peluang Niaga Online Untuk Surirumah

    BalasPadam
  17. Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
    tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

    Jemput ke blog saya

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

    Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers