OOO

Selasa, November 12, 2013

Hotel De ART Shah Alam-Pelbagai Tema Kreatif Di Setiap Bilik

Assalammualaikum

Dah lama rasanya tak pergi bercuti dengan anak-anak sejak suami akak bertugas jauh.  Terasa badan ni perlukan juga rehat dan rasa nak lepak ajer bersama anak-anak tercinta.

Bila teman blogger Eyriqazz ajak akak pergi sama-sama melepak di  Hotel De ART Shah Alam akak pun terus packed baju dan ajak anak lelaki 2 orang jadi peneman.
 
Bila google,  akak rasa teruja bila dapat tahu  kesemua 58 bilik hotel ini di reka dengan pelbagai tema yang berbeza, kreatif dan menarik. Terletak di Seksyen 7, Hotel de ART berhampiran dengan i-City yang terkenal cahaya neon yang berkelipan dan memukau pandangan, Masjid Biru Shah Alam , Taman Botani Negara Shah Alam, Stadium Shah Alam, taman tema Sunway, pusat membeli belah dan pelbagai tempat yang menarik yang boleh anda kunjungi bila datang ke Shah Alam.


Teruja tak bila melihat bilik ini yang di hiasi dengan selebriti legenda Michael Jackson dan Lady Gaga.  Cantik..kan..Ada juga tema cerita dogeng, bunga, alam semulajadi dan mewah serta mistik.
Layanan dari kakitangan di sini amat mesra
Hiasan di loby memang menarik perhatian kami.
cantik kan
 

Salah satu tema yang ada di sini



Terujanya Imran bila dapat bilik tema Star War..
terasa macam seolah-olah kita tidur di awang awangan. 


menarik kan

Bilik yang selesa dan yang paling best sebab WIFI percuma..
blogger kalau tak ada line internet memang boleh meroyan.
 
 Sejadah pun di sediakan..tak payah nak bawa
Nak mandi manda pun senang..
ada gak  pancuran air panas

TV LCD 32 " dengan saluran yang
dipilih ASTRO pun di sediakan..
bolehlah layan sepuas hati

sambil minum kopi dan berbual bual 


 voucher sarapan pun dapat..boleh minum pagi  di Hailam Kopitiam yang terletak bersebelahan hotel ini


Kalau dah rasa penat berjalan-jalan dan malas nak keluar dari bilik, call ajer nanti makanan akan di hantar dan harganya berpatutan.


Tak payah susah susah nak beli air sebab 
di sediakan juga air..boleh pilih nak air panas ataupun sejuk
Tentu anak-anak merasa gembira bila dapat bilik Mickey Mouse ni kan.  Sesuai untuk sekeluarga kerana boleh muat untuk ibubapa dan 2 orang anak.  Kalau berminat bolehlah tempah sekarang sebab ramai ibubapa memang teringin nak bawa anak-anak mereka ke sini.  Harga yang di tawarkan pun amat murah dan berbaloi dengan wang yang kita keluarkan.
Kami memang puas hati dapat menginap selama 2 malam di sini...sungguh selesa dan sesuai untuk dijadikan tempat berehat setelah penat berjalan seharian.
Banyak kemudahan bila menginap di hotel ini kerana parking percuma, banyak kedai makanan, nak dobi pun ada, nak beli barang keperluan pun memang mudah sebab semuanya ada di sini.

Cuma akak  nak bagi cadangan

1.  Supaya bangunan di belakang sepatutnya ada lif juga seperti bangunan di depan kerana tidak sesuai bagi orang tua yang bertongkat, perempuan mengandung, ibu membawa bayi   dan sakit lutut (cam akak)  terpaksa naik turun tangga ke tingkat satu dengan membawa beg.

2.  Sarapan pagi di Hailam Kopitiam sepatutnya tidak di hadkan kepada 6 menu sahaja, sepatutnya ada lagi beberapa pilihan sarapan yang menarik. 

3.  Adakan kad keahlian untuk pelanggan yang kerap menginap di hotel ini.

4.  Sentiasa membuat promosi harga bilik dan diskaun untuk makan minum di Hailam Kopitian.


Untuk lebih mudah, akak letak peta yer 


  Jomlah bercuti dan menginap di sini  yer...kena cepat booked kalau maukan bilik yang kita inginkan.

Konsep Hotel de ART yang menarik dan harga yang amat berpatutan menjadikanya hotel i~City pilihan pertama semasa mengeksplorasi Shah Alam bersama keluarga.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang hotel Shah Alam yang unik ini  dan tempahan bilik, sila layari laman web rasmi hotel www.hoteldeart.com.my

26 ulasan:

  1. menarik. Ika baru cadang nk pi jln icity. Padahak bole je balik hari, tapi cam nak tido sini je heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali kali apa salahnya berehat kat situ

      Padam
  2. cantiknya hotel ni, suka yang tema mickey mouse tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik bilik kat sini...gilah bermalam kat situ

      Padam
  3. Bermacam tema. Ini tidak jadi tidur. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana boleh tak tidur kat sini akubiomed...akak lena ajer sebab selesa

      Padam
  4. Hotel yang bagus dan tema bilik pun beragam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti mampir ke shah alam kamu bisa menginap di sini1

      Padam
  5. hotel de art mmg best! ms tempah bilik xtau lg dpt bilik yg mcmana, bila dh check in, mmg surprise dan puas hati. dpt bilik best, cantik, selesa.. recommended! berbaloi dgn harga. tp biasanya kena book awal sbb slalu full.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu mrs azhar..memang puas hati kan

      Padam
  6. Balasan
    1. Memang kreatif..terpegun dibuatnya

      Padam
  7. Kretif pemilik hotel ni. Tak lama dulu ada terbaca tawaran hotl ni kat Groupon rasanya...cam gitulah tak ingat dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rugi ek kamu tak rebut tawaran tu JunAina

      Padam
  8. wahhh..sgt warna warni..n seni...suka..
    sudi sudikan la singgah blog saya...sy budak baru belajar...^_^

    http://warnawarniituindah.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi jenguk blog akak yer. Insyallah nanti akak jenguk blog kamu tu yer

      Padam
  9. Yang bestnya line internet hotel nie pun bagus... memang sesuai la untuk blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yerp internet memang laju kan hazman

      Padam
  10. menarik gak hotel nih,,.cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik membuatkan kita tertarik

      Padam
  11. Balasan
    1. Kalau suka bolehlah kamu try tidur kat sini

      Padam
  12. Salam KakInaKL, hotel ni dekat ajer dengan rumah Azzah...kenapa akak tak bagi tau ada duk sini..kalau tidak boleh lepak2 dgn akak kan ...hehehe cantik kak tapi saya pun lom pernah duk sini..mungkin boleh tempah jika ada sedara mara nak datang tapi rumah tak muat nak tidur sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sempat nak jumpa genglah azzah, akak sibuk belah siang gi menjemput..malam penat terus pengsan

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers