Dah lama rasanya tak pergi bercuti dengan anak-anak sejak suami akak bertugas jauh. Terasa badan ni perlukan juga rehat dan rasa nak lepak ajer bersama anak-anak tercinta.
Bila teman blogger Eyriqazz ajak akak pergi sama-sama melepak di Hotel De ART Shah Alam akak pun terus packed baju dan ajak anak lelaki 2 orang jadi peneman.
Bila google, akak rasa teruja bila dapat tahu kesemua 58 bilik hotel ini di reka dengan pelbagai tema yang berbeza, kreatif dan menarik. Terletak di Seksyen 7, Hotel de ART berhampiran dengan i-City yang terkenal cahaya neon yang berkelipan dan memukau pandangan, Masjid Biru Shah Alam , Taman Botani Negara Shah Alam, Stadium Shah Alam, taman tema Sunway, pusat membeli belah dan pelbagai tempat yang menarik yang boleh anda kunjungi bila datang ke Shah Alam.
Teruja tak bila melihat bilik ini yang di hiasi dengan selebriti legenda Michael Jackson dan Lady Gaga. Cantik..kan..Ada juga tema cerita dogeng, bunga, alam semulajadi dan mewah serta mistik.
Layanan dari kakitangan di sini amat mesra
Hiasan di loby memang menarik perhatian kami.
cantik kan
Salah satu tema yang ada di sini
Terujanya Imran bila dapat bilik tema Star War..
terasa macam seolah-olah kita tidur di awang awangan.
menarik kan
Bilik yang selesa dan yang paling best sebab WIFI percuma..
blogger kalau tak ada line internet memang boleh meroyan.
Sejadah pun di sediakan..tak payah nak bawa
Nak mandi manda pun senang..
ada gak pancuran air panas
TV LCD 32 " dengan saluran yang
dipilih ASTRO pun di sediakan..
bolehlah layan sepuas hati
sambil minum kopi dan berbual bual
voucher sarapan pun dapat..boleh minum pagi di Hailam Kopitiam yang terletak bersebelahan hotel ini
Kalau dah rasa penat berjalan-jalan dan malas nak keluar dari bilik, call ajer nanti makanan akan di hantar dan harganya berpatutan.
Tak payah susah susah nak beli air sebab
di sediakan juga air..boleh pilih nak air panas ataupun sejuk
Tentu anak-anak merasa gembira bila dapat bilik Mickey Mouse ni kan. Sesuai untuk sekeluarga kerana boleh muat untuk ibubapa dan 2 orang anak. Kalau berminat bolehlah tempah sekarang sebab ramai ibubapa memang teringin nak bawa anak-anak mereka ke sini. Harga yang di tawarkan pun amat murah dan berbaloi dengan wang yang kita keluarkan.
Cuma akak nak bagi cadangan
1. Supaya bangunan di belakang sepatutnya ada lif juga seperti bangunan di depan kerana tidak sesuai bagi orang tua yang bertongkat, perempuan mengandung, ibu membawa bayi dan sakit lutut (cam akak) terpaksa naik turun tangga ke tingkat satu dengan membawa beg.
2. Sarapan pagi di Hailam Kopitiam sepatutnya tidak di hadkan kepada 6 menu sahaja, sepatutnya ada lagi beberapa pilihan sarapan yang menarik.
3. Adakan kad keahlian untuk pelanggan yang kerap menginap di hotel ini.
4. Sentiasa membuat promosi harga bilik dan diskaun untuk makan minum di Hailam Kopitian.
Untuk lebih mudah, akak letak peta yer
Jomlah bercuti dan menginap di sini yer...kena cepat booked kalau maukan bilik yang kita inginkan.
Konsep Hotel de ART yang menarik dan harga yang amat berpatutan menjadikanya hotel i~City pilihan pertama semasa mengeksplorasi Shah Alam bersama keluarga.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang hotel Shah Alam yang unik ini dan tempahan bilik, sila layari laman web rasmi hotel www.hoteldeart.com.my
Konsep Hotel de ART yang menarik dan harga yang amat berpatutan menjadikanya hotel i~City pilihan pertama semasa mengeksplorasi Shah Alam bersama keluarga.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang hotel Shah Alam yang unik ini dan tempahan bilik, sila layari laman web rasmi hotel www.hoteldeart.com.my
menarik. Ika baru cadang nk pi jln icity. Padahak bole je balik hari, tapi cam nak tido sini je heheh
BalasPadamSekali kali apa salahnya berehat kat situ
Padamcantiknya hotel ni, suka yang tema mickey mouse tu
BalasPadamMemang cantik bilik kat sini...gilah bermalam kat situ
PadamBermacam tema. Ini tidak jadi tidur. :-)
BalasPadamMana boleh tak tidur kat sini akubiomed...akak lena ajer sebab selesa
Padamcantiknya tema bilik
BalasPadamCubalah menginap disini attyfir
PadamHotel yang bagus dan tema bilik pun beragam
BalasPadamNanti mampir ke shah alam kamu bisa menginap di sini1
Padamhotel de art mmg best! ms tempah bilik xtau lg dpt bilik yg mcmana, bila dh check in, mmg surprise dan puas hati. dpt bilik best, cantik, selesa.. recommended! berbaloi dgn harga. tp biasanya kena book awal sbb slalu full.. =)
BalasPadamBetul tu mrs azhar..memang puas hati kan
Padamlain macma la deco dia buat
BalasPadamMemang kreatif..terpegun dibuatnya
PadamKretif pemilik hotel ni. Tak lama dulu ada terbaca tawaran hotl ni kat Groupon rasanya...cam gitulah tak ingat dah.
BalasPadamRugi ek kamu tak rebut tawaran tu JunAina
Padamwahhh..sgt warna warni..n seni...suka..
BalasPadamsudi sudikan la singgah blog saya...sy budak baru belajar...^_^
http://warnawarniituindah.blogspot.com/
Terima kasih sudi jenguk blog akak yer. Insyallah nanti akak jenguk blog kamu tu yer
PadamYang bestnya line internet hotel nie pun bagus... memang sesuai la untuk blogger
BalasPadamYerp internet memang laju kan hazman
Padammenarik gak hotel nih,,.cantik
BalasPadamMemang menarik membuatkan kita tertarik
Padamsuka deko hotel nih
BalasPadamKalau suka bolehlah kamu try tidur kat sini
PadamSalam KakInaKL, hotel ni dekat ajer dengan rumah Azzah...kenapa akak tak bagi tau ada duk sini..kalau tidak boleh lepak2 dgn akak kan ...hehehe cantik kak tapi saya pun lom pernah duk sini..mungkin boleh tempah jika ada sedara mara nak datang tapi rumah tak muat nak tidur sini..
BalasPadamTak sempat nak jumpa genglah azzah, akak sibuk belah siang gi menjemput..malam penat terus pengsan
Padam