OOO

Selasa, Disember 24, 2013

Resepi Grill Daging Pedas Sedap @Nue Nam Tok (Kerabu Daging)

Assalammualaikum
Kalau ada banyak stok daging batang pinang/daging lembut bolehlah buat resepi yang meletup ni..walaupun agak renyah nak buat tapi hasilnya memang memuaskan hati.

Akak selalu buat bila 2 anak pempuan balik kat umah..sebab cepat sikit nak menyudahkannya.  Kali ni akak grill guna oven ajer..tak dan nak bakar guna arang.
Dah banyak kali buat dan tepek resepi dari Nor..tak apa ek akak  letak lagi.

Bahan-bahan
  • 250gm daging batang pinang-akak gunakan daging salai (steak) yang diperap dengan garam dan serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk
Cara-caranya
  1. Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
  2. Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
  3. Hiris daging nipis-nipis dan ketepikan.
Bahan-bahan sampingan
  1. 5 ulas bawang merah ~ dihiris halus-akak tukar ke 1 biji bawang holland dihiris memanjang
  2. daun pasli/daun saderi ~akak tukar ke daun ketumbar
  3. daun bawang ~ dihiris
  4. sebiji mangga - di hiris
  5. 1/2 cawan daun pudina ~ tak letak
  6. 1 sudu besar gula pasir
  7. 1 sudu besar gula melaka/gula nisan
  8. 2 sudu besar sos ikan
  9. 2 1/2 sudu besar air limau nipis-guna air limau kasturi aje
  10. cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris (akak bubuh 3 biji aje)# resipi asal letak serbuk cili kasar
  11. 1 biji cili hidup-akak hiris serong---tak lehlah bubuh cili api banyak-banyak ..perut tak tahan...nanti ashik ke tandas aje...
Cara-cara 
  1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis-nipis tadi dan gaul hingga mesra.
  3. Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.

10 ulasan:

  1. aduhai kak.. sedap nampak rupanya tu..

    BalasPadam
  2. Less is more...sedapnyaaaa...hihihi

    BalasPadam
  3. Terus terliur...kebetulan esok nk beli daging nk salai...

    BalasPadam
  4. tengok gambar pun dah rasa sedap ni

    BalasPadam
  5. Sedapnya,,,, nak cuba masak jugak la

    BalasPadam
  6. Kalau ada nasi putih didepan mata memang tidak toleh belakang lagi dah. :-)

    BalasPadam
  7. sedap nye. daging tu nampak menyelerakan sangat

    BalasPadam
  8. macam sedapppp je,macam nak try je...salam kenal kak dari Cik Ngah,jemput singgah...

    http://myputeri21.blogspot.com/

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers