OOO

Khamis, Disember 26, 2013

Jalan Jalan Cari Ikan

Bukan jalan jalan cari makan tapi jalan jalan cari ikan.  Akak memang suka ke pasar beli barangan mentah sebab suami lebih suka makan kat umah.

Sebab tekak akak ni lorat sangat..kadang makan kat luar rasa cam tak puas hati sebab kadang kala rasanya kurang umphh tapi harga mahal sungguh.

 kat tepi jalan ..geram ikan fresh aa
Memang buntu tak tau nak gi mana beli ikan dan sewaktunya..al maklumlah pertama kali ke sini.

Nasib baik ada blogger Alongroz sungguh tunjukkan tempat beli ikan fresh dan keperluan yang lain.  Belanja akak makan mee rebus dulu sebelum ke sini dan ke sinun.

Kat Miri ni tempat beli ayam dan daging cuma ada satu tempat yang di yakini halal.  Kalau nak beli ayam kat tempat lain..daging kat tempat lain.

Ayam dekat RM10 sekilo, besar pulak tu..akak bukan suka ayam besar besar tapi nak buat camni, ni ajer pilihan yang ada.  Kadangkala beli sayap/drummet jenama ramli walaupun harga RM20 lebih se paket.

Payah nak jumpa daging fresh yang di jual di tepi jalan macam kat Kuala Lumpur, cuma ada satu supermarket ajer yang ada daging australia.  Harga daging lembut/batang pinang RM40 lebih sekg.  

Pengsan bangun balik tenguk harga daging kat sini.  Kalau dapat tau tempat jual daging tempatan tentu best..along selalunya bawa balik daging tempatan beku berkilo kilo  dari kampung beliau di Semenanjung ke sini.  Kadang kala beliau beli kat Brunei..hermm kena gak masuk Brunei lah kalau camni.

Terima kasih Along sudi membantu akak dalam banyak hal terutama mengenai sekolah dan rumah sewa akak.

13 ulasan:

  1. eh.. akak kat kepulauan borneo ke? pindah sana?

    BalasPadam
  2. makkk..mahalnya harga daging kat sana ye kak...kalau camni kenala makan ikan ke seafood hari2

    BalasPadam
  3. sekarang nih sy lebih byk mkn ikan dr ayam..jemu dah asyik mkn ayam je

    BalasPadam
  4. Satu pengalaman baru pergi ke pasar di Sarawak.

    BalasPadam
  5. Nampaknya akak lepas nie kena banyak makan ikan la yea.....

    BalasPadam
  6. serius tak de daging segar ke k ina? ermmm tak bestla cam tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada tapi cuma jual kat satu supermarket ajer tu pun di import dari australia bukan lembu tempatan..setakat ni lah akak terjumpa..tu pun member blogger yang bagitau.

      Padam
  7. Boleh share mana nk cr ayam fresh halal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu pergi ke ikhwan
      di IKHWAN MINI MART, Lot 2306, Bulatan Commercial Centre, Jalan Dato Muip, Piasau Jaya, 98000 Miri, Sarawak atau beli kat kedai melayu kat area Restoren Ir-One Cafe & Catering
      Piasau Jaya Phase 1
      Miri, Sarawak.
      atau ke

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...