OOO

Khamis, Januari 09, 2014

The Famous Cheese Bungkus Di Piasau Miri

Assalammualaikum semua

Setiap minggu akak dan suami gi beli barangan keperluan dapur dan selalunya kami gi berdua duaan ajer..ala budak budak ni mana nak ikut gi beli barang camtu.

Cuba kalau ajak gi shopping mall...melompat nak ikut.

Selalunya akak tak buat sarapan pagi, kami berdua minum kat luar ajer.

Selalu makan kat satu medan selera belakang masjid di Piasau.
Selalunya makan roti canai ataupun roti  tisu klcc ..(ada banyak lagi jenis roti tisu kat sini... tapi bila tenguk ada yang makan cheese bungkus ni..teringinlah pulak nak rasa.
Nilah rupanya cheese bungkus..sebenarnya roti canai di lapis dengan telur dadar nipis pastu di gulung dan di letak mayonis, cheese yang meleleh dan cili sos.

Pagi pagi makan camni, rasa cam tak sesuai untuk akak tapi sesuai rasanya untuk kanak-kanak.
 Roti canai sardin...sedap gak

Jangan lupa singgah yer..jika datang ke Miri leh rasa.

Medan selera ni terletak di sebelah deretan kedai kat Piasau Commercial Centre ... sebelah Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya.  Datang sebelah pagi yer..jangan takut salah kedai sebab ada sorang ajer yang tebar roti canai kat sini.


17 ulasan:

  1. asslamualaikum kak ina...mcm sedap jer tu...)

    BalasPadam
  2. Sedapnya kak, petang2 mendung2, lapar saja.

    BalasPadam
  3. penah tgok kawan yg ke sarawak makan cheese bungkus ni. nampak mcm sedap. eka plak tringin nak makan pisang goreng cheese

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pernah jumpa aaa ...akak pun nak gak rasa cik eka

      Padam
  4. terliurnya saya tengok cheese bungkus.

    BalasPadam
  5. Sedapnye cheese, tapi susah nak cari cheese yang halal :(

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    kalau saya datang ke sana boleh belanja saya...he he

    BalasPadam
  7. Akak2nya roti tisu dua alam tu macam mana le rupanya...ahahhaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti akak nak cubalah roti tisu dua alam..dan ambik gambar..semua yang pelik nak rasa..lama kan kat sini :) Jun

      Padam
  8. Sedapnya menjamu selera kak ina, insyaAllah kalau ke Miri, harus ummi cari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan lupa dtg miri bagitau akak tau :)

      Padam
  9. Menarik pulak cheese tu tapi tapi saya tak boleh makan banyak sebab mesti muak punya...

    BalasPadam
  10. wow...meleleh kak Ina..

    Salam perkenalan k Ina... :)

    BalasPadam
  11. Salam kak ina, nmpk mcm sedap je, apa nama kedai ni ye, sy dah 6 tahun duk kt miri x pnh tau pun.

    BalasPadam
  12. Trliurnya tngk sos dan cheese leleh. Tapi untk sarapan agaknya x sesuailah kalau mnm petang ok kot.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers