OOO

Selasa, Februari 18, 2014

Masak Lemak Putih Sayur Pucuk Manis Dengan Keledek


Assalammualaikum semua

Sekarang ni tak dan nak update blog belah pagi..sibuk sangat ke hulu ke hilir jadi driver.

Masak lemak camni kalau layan sekali sekala dengan sambal tumis dan ikan sepat goreng memang mantap kann

Bahan-bahan
Secekak sayur pucuk manis
1  biji keledek saiz sederhana ( dipotong dadu kemudian rebus sebentar )
500-800ml santan
3 biji bawang merah-tumbuk
1 ulas bawang putih -tumbuk
sedikit ikan bilis-tumbuk 

garam secukupnya
Cara-cara
1. Ambil daun pucuk manis dan cuci bersih lalu di tos.
2.  Satukan semua bahan kecuali sayur pucuk manis dan ubi keledek ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana kecil.
3.  Kacau sehingga mendidih, baru dimasukkan sayur pucuk manis, keledek  dan garam.  Bila sayur dah lembut baru di tutup api.

14 ulasan:

  1. Antara masakan kampung yang digemari.

    BalasPadam
  2. Sibuk jd driver ya Ina...tkpe bila anak anak dah besar rindu pulak nk patah blk.
    Eh sedap ni jika gu dgn ikan masin.Bahaya mkn bertambah tambah ni

    BalasPadam
  3. kalo gini mmg makan bertambah2..aduh!

    BalasPadam
  4. sedap ni kak..berselera makan nasi.

    BalasPadam
  5. Salam Kak Ina, 1st time komen ni..selalu baca saja... laok ni memang all time favourite saya.. walaupon simple tp sangatlah sedapnyerr

    BalasPadam
  6. salam kak ina, ni pun peberet liza jugak ni, hari tu g pasar hajat dihati nk beli sayur ni, cari punya cari takde,,,pastu uncle tu cakap sekarang mmg takde sbb cuaca panas..frust betul

    BalasPadam
  7. masak lemak beginilah sedap sebab tak pedas,,,hehehehe..feberet orang kelantan ni...

    BalasPadam
  8. Kalau macam nie saya suka letak kuah lebih.... lepas tu last sekali hirup kuah kat pinggan... hehehehe

    BalasPadam
  9. Emm leh la buat menu makan malam nanti..hehe

    BalasPadam
  10. assalamualaikum kakina...sedap ni tambah kalau ada sambal belacan n ikan masin mmg menjadi2 bertambah nasinya...

    BalasPadam
  11. Masakkan kampung memang sedap.. boleh cuba

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers