OOO

Ad

Ahad, Februari 23, 2014

Resepi Ayam Burma

Assalammualaikum


Naik buntu kadang-kadang nak masak hari kat umah ni..nasib baik sekarang ni google ajer leh jumpa resepi yang sedap sedap.

Akak ambil resepi ni dari Mat Gebu sepatutnya guna daun pudina tapi tak ada stok pulak jadi akak guna daun kari.

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, belah 4 (guna tomato ceri)
15 helai daun pudina (guna daun kari)
Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)

3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.


8 ulasan:

  1. wahh..jauh tu. burma mali maa..

    BalasPadam
  2. Nasib baik skang banyak blog resepi kan.... takde mati kutu sangat nak apa kan kak...

    BalasPadam
  3. asyik kecur air liur je kalo dtg sini..ayam msia pun sy x pas lg..ni lg ayam burma..huhu

    BalasPadam
  4. makin canggih resepi kak ina skrg ni.

    BalasPadam
  5. ini la menu kontroversi kat fb tu kan...macam2 yang di teka..SA pun salah..kejap ayam kejap arnab..hahahahahaha...

    BalasPadam
  6. hbs bila buh sos tiram?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sos tiram di perap dengan ayam dan juga serbuk kunyit tanpa nama,

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers