OOO

Khamis, Februari 27, 2014

Ulat rumbia-Boleh Makan Ker?

Assalammualaikum semua

Kalau sape sape yang pergi ke Sabah dan Sarawak tentu nampak ada penjual yang jual ulat rumbia ni kan.   Kat Pasar Tamu ada gak di jual, bila lalu akak geli gemelan menenguknya.

Ulat rumbia ataupun lebih di kenali dengan panggilan 'si'et' memang mempunyai nilai komersial dan penjual boleh menjana pendapatan yang lumayan.  Satu bekas ni harganya RM10.00 sajer.

Lebih lebih lagi sekarang ni harga ulat rumbia khabarnya meningkat sehingga RM50 sekilogram. Khabarnya ulat rumbia berkhasiat tinggi dan di makan dengan nasi ataupun sagu.



Untuk menghasilkan ulat rumbia, pokok sagu yang telah di tebang di biarkan selama tiga hingga empat minggu supaya ulat bersarang.

Orang islam boleh makan ker idak ek?



10 ulasan:

  1. Terima kasih la ...jika halal pun akak tk sanggup...gelinya...

    BalasPadam
  2. Rasanya Kalau boleh mkn pun...macam tak sanggup jer.

    BalasPadam
  3. assalam kak ina..haram makan ulat ni kak..tapi ada gak org islam yang makan...banyak lagi kot benda lain boleh makan...

    BalasPadam
  4. Kita tak boleh makan walaupun dikatakan banyak protein katanya....

    BalasPadam
  5. rasanya macam tak boleh. sbb ulat ni makan apa ye. kalo dia makan benda2 kotor mmg sah takleh makan. tapi tak tau la kot2 hukum dia sama mcm makan belalang. kak ina nak try ke kalau halal dimakan?

    BalasPadam
  6. Ulat ni makan hampas2 pokok..biasa nya diorg masak kicap pedas & kadang2 dipanggang...Rasanya lemak2 gitu...
    byk kt swak lebih2 lagi kat area Kawasan Mukah & Bintulu.. Tp dgr kata haram laa..
    Wallahualam...

    BalasPadam
  7. masa kecil dulu kat kampung saya (kedah) ada banyak pokok rumbia...pernah beberapa kali tengok saudara mara makan ulat2 ni mentah2...

    BalasPadam
  8. ulat mulong... tanya kengkawan... semua tak nak. geli

    BalasPadam
  9. Kalau makan terasa menyertai rancangan Fear Factor.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers