OOO

Jumaat, Februari 28, 2014

Resepi Sambal Tumis Udang

Assalammualaikum
Dah banyak kali dah tepek sambal udang ni...kalau ada petai lagi umphh kan.  Kalau buat sambal tumis guna udang laut memang ada umphhhh kan.  Tapi harganya berdentam dentum.

Bahan-bahan
  • 500 gm udang - buang kulit tinggal hujung
  • 6-8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • garam secukupnya
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak
1.  Kisar/tumbuk  bahan-bahan bertanda *. 
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sampai naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak/cili masak.
4.  Masukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan bersama garam.
5.  Masukkan udang dan hirisan bawang besar  dan perlahan api dan biarkan dalam 10-15 minit.
6.  Sebelum di tutup api rasa cukup asam garam dan barulah di padam api.

4 ulasan:

  1. Salam Kak Ina..mmg sedap sambal udang..lg puas mkn klu dapat udang besar2 :)

    BalasPadam
  2. Ya Kak Ina....KAK YANG kat FB tu atie lerrr,...(^_^)

    BalasPadam
  3. makan dengan nasi lomak memang terangkatlah. kalau tambah potai lagilah...heee

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...