OOO

Ad

Isnin, Mac 03, 2014

Musim Bubuk Kat Miri

Assalammualaikum
Bukan bubuk yang warna hitam dalam beras tau tapi udang geragau yang juga dikenali sebagai udang baring atau udang geraguk.  Sejenis udang yang bersaiz kecil hanya boleh di dapati di pantai tertentu sahaja. Udang geragau mengandungi kandungan protein yang tinggi....kat sini panggil bubuk.
Bila lalu kat Batu Satu  tepi pantai , di sepanjang jalan menghala ke Lutong, ada gerai yang menjual ikan, sotong dan udang segar.  Akak suka gak pergi kat sini sebab ikan baru naik dari laut.  Harganya lebih kurang macam kat Semenanjung.
Balik dari mesyuarat PIBG sekolah Imran Sabtu lepas, bila lalu kat sini ada jual bubuk  segar.  Di Miri bubuk selalunya ada di hujung bulan Febuari dan awal bulan Mac.
Dengan hanya menjual bubuk sahaja, penjual boleh meraih keuntungan yang lumayan sementara para penduduk setempat bagaikan berpesta menangkapnya.  
Terdapat dua cara untuk menangkap bubuk iaitu menggunakan sejenis jaring yang di panggil paka tunda dan paka sorong.


Harga semalam RM4.00 sekilogram, kalau beli 3 kilo cuma RM10.00 sahaja.  Ramai pengusaha belacan, geragau kering dan cencaluk membeli bubuk di sini dan jika bernasib baik nelayan/penjual mampu meraih pendapatan beribu sehari.

Nak beli ikan pun tak banyak pilihan sebab nelayan sibuk dengan bubuk.  



19 ulasan:

  1. nampak sedap ni kalau masuk sekali dalam telur buat telur dadar ni kan...aduhaiiii..

    BalasPadam
  2. nampak segar udang2 geragau tu.kalau buat belacan mesti yummy sedap.....sesekali kena dtg jln kt miri ni.blh tengok sec live.hihi

    BalasPadam
  3. nampak segar bugar. buat cokodok sedap ni

    BalasPadam
  4. Bubuk segar tu agak2 kalau buat kerabu dengan selom macam org Perlis buat kerabu dengan udang sawah agak2 sedap tak Kak Ina?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak taulah junaina., kamu ada resepinya tak

      Padam
  5. Di melaka pun tgh musim geragau ni..smlm saye pun beli semangkuk di pasar tani alor gajah...sdap wat cekodok

    BalasPadam
  6. goreng api slow hingga garing... pastu gaul masa buat nasi goreng. campur sekali dlm adunan cucur udang ataupun blender dgn ramuan sambal tumis.

    BalasPadam
  7. Teringat semasa kecil pernah tinggal di Pulau Pinang. Bila tiba musim kami sauk dengan baju buat belacan.

    BalasPadam
  8. sikit2 saya bolehlah, takut gatal2 badan hehehe

    BalasPadam
  9. ni udang yg og buat cencaluk tu kan/

    BalasPadam
  10. mmm saya belum pernah coba, bagaimana bedanya dengan udang biasa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam udang juga yandi tapi yang ni udang kecil

      Padam
  11. untung aa pandai buat belacan sendiri...dah tentu sodap

    BalasPadam
  12. Cekodok udang geragau...cicah kuah kicap pedas...perghh sedapnya..

    BalasPadam
  13. assalamualaikum kakina...wah banyaknya sedapnya buat jemput2...:)

    BalasPadam
  14. Kalau nak tahu nelayan menangkap bubuk memperolehi pendapatan mencecah RM 60,000- RM 70,000 semusim........ini betul sebab ini pengalaman saya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers