OOO

Memaparkan catatan dengan label udang geraguk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label udang geraguk. Papar semua catatan

Isnin, Mac 03, 2014

Musim Bubuk Kat Miri

Assalammualaikum
Bukan bubuk yang warna hitam dalam beras tau tapi udang geragau yang juga dikenali sebagai udang baring atau udang geraguk.  Sejenis udang yang bersaiz kecil hanya boleh di dapati di pantai tertentu sahaja. Udang geragau mengandungi kandungan protein yang tinggi....kat sini panggil bubuk.
Bila lalu kat Batu Satu  tepi pantai , di sepanjang jalan menghala ke Lutong, ada gerai yang menjual ikan, sotong dan udang segar.  Akak suka gak pergi kat sini sebab ikan baru naik dari laut.  Harganya lebih kurang macam kat Semenanjung.
Balik dari mesyuarat PIBG sekolah Imran Sabtu lepas, bila lalu kat sini ada jual bubuk  segar.  Di Miri bubuk selalunya ada di hujung bulan Febuari dan awal bulan Mac.
Dengan hanya menjual bubuk sahaja, penjual boleh meraih keuntungan yang lumayan sementara para penduduk setempat bagaikan berpesta menangkapnya.  
Terdapat dua cara untuk menangkap bubuk iaitu menggunakan sejenis jaring yang di panggil paka tunda dan paka sorong.


Harga semalam RM4.00 sekilogram, kalau beli 3 kilo cuma RM10.00 sahaja.  Ramai pengusaha belacan, geragau kering dan cencaluk membeli bubuk di sini dan jika bernasib baik nelayan/penjual mampu meraih pendapatan beribu sehari.

Nak beli ikan pun tak banyak pilihan sebab nelayan sibuk dengan bubuk.  



Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...