OOO

Ad

Sabtu, Mac 22, 2014

Resepi Kuih Keria Keledek Oren

As'salammualaikum
Walaupun harga keledek kat sini dekat 6 hinggit sekg, akak selalu beli buat kuih keria sebab kuih ni salah satu kesukaan suami akak.  

Tak suka beli sebab selalunya kuih keledek tu rasa tepung ajer..keras pulak tu.  Kalau buat akak selalu tambah sedikit tepung ubi..kali ni akak ambil resepi dari Madiha.

Bahan2
2 cawan keledek rebus yang siap dilecek halus ( keledek warna oren direbus dengan air & sedikit garam)
2/3 cawan tepong gandum
sedikit tepung ubi
1/3 sudu kecil garam
Minyak masak utk menggoreng

Bahan salut
3 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air

Cara menyediakan
1. Campurkan keledek lecek bersama garam & tepong gandum & uli sehingga rata.
2. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian lalu digelek di atas papan pencanai menjadi bentuk silinder seperti keropok lekor tetapi bersaiz lebih besar anggaran berdiameter 2 inci.
3. Baringkan silinder tadi & potongkan kepada 8 bahagian.  Buatkan bentuk lubang ditengah2  & bentukkan menjadi gegelang atau bentuk keria. Habiskan kesemuanya.
4. Panaskan minyak masak api sederhana lalu gorengkan keria sehingga masak kedua2 belah. Angkat & toskan.
5. Dalam kuali bersih yang lain, masukkan bahan salut & masak sehingga gula larut & menjadi pekat, berbuih2 & bertali2 apabila diangkat dengan sudip.  Bila buih2 hampir hilang & pekat, masukkan kuih keria lalu dikacau rata tanpa berhenti. Bila semua kuih bersalut gula, kecilkan api dan terus balik2kan kuih sehingga air gula bersaka (mengeras) & bersalut dengan kuih tadi. Bila dah cukup kering & tiada lagi nampak berkilat, bolehlah tutupkan api & hidangkan.

5 ulasan:

  1. aduh mmg suka kuih ni...teringat mak buat huhu :(

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kak, fav sheila ni.. sedap betul keria ni.. nanti nak cuba buat dengan mama ~~~ singgah sambil menabung sini

    BalasPadam
  3. Salah satu kuih kegemaran saya masa kecik2 ni...

    BalasPadam
  4. sedapnya kuih ni. kalo saya buat selalu je kedekut tepung. Pastu mula la lembik.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers