OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi kuih keria. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi kuih keria. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 22, 2014

Resepi Kuih Keria Keledek Oren

As'salammualaikum
Walaupun harga keledek kat sini dekat 6 hinggit sekg, akak selalu beli buat kuih keria sebab kuih ni salah satu kesukaan suami akak.  

Tak suka beli sebab selalunya kuih keledek tu rasa tepung ajer..keras pulak tu.  Kalau buat akak selalu tambah sedikit tepung ubi..kali ni akak ambil resepi dari Madiha.

Bahan2
2 cawan keledek rebus yang siap dilecek halus ( keledek warna oren direbus dengan air & sedikit garam)
2/3 cawan tepong gandum
sedikit tepung ubi
1/3 sudu kecil garam
Minyak masak utk menggoreng

Bahan salut
3 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air

Cara menyediakan
1. Campurkan keledek lecek bersama garam & tepong gandum & uli sehingga rata.
2. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian lalu digelek di atas papan pencanai menjadi bentuk silinder seperti keropok lekor tetapi bersaiz lebih besar anggaran berdiameter 2 inci.
3. Baringkan silinder tadi & potongkan kepada 8 bahagian.  Buatkan bentuk lubang ditengah2  & bentukkan menjadi gegelang atau bentuk keria. Habiskan kesemuanya.
4. Panaskan minyak masak api sederhana lalu gorengkan keria sehingga masak kedua2 belah. Angkat & toskan.
5. Dalam kuali bersih yang lain, masukkan bahan salut & masak sehingga gula larut & menjadi pekat, berbuih2 & bertali2 apabila diangkat dengan sudip.  Bila buih2 hampir hilang & pekat, masukkan kuih keria lalu dikacau rata tanpa berhenti. Bila semua kuih bersalut gula, kecilkan api dan terus balik2kan kuih sehingga air gula bersaka (mengeras) & bersalut dengan kuih tadi. Bila dah cukup kering & tiada lagi nampak berkilat, bolehlah tutupkan api & hidangkan.

Khamis, Ogos 01, 2013

Resepi Kuih Keria Keledek Lembut Dan Sedap

Assalammualaikum dan salam ramadan

Diam tak diam dah 3 minggu umat islam berpuasa...cepat sungguh masa berlalu kan. Minggu dah beraya..hari Jumaat ni anak-anak akak dah mula bercuti.

Hari Isnin dan Selasa pihak sekolah ambil cuti peristiwa dan ganti.  Oh yer..bulan puasa ni akak rajin gak buat kueh mueh untuk berbuka puasa.
Salah satu sebabnya ialah ada penolong kat dapur.  Kueh keria ni kadang-kadang kalau beli keras aaa sebab tukang jual buh banyak tepung.  Tak best..liat.

Dulu akak buat akak cuma letak tepung gandum ajer..tapi bila tenguk kak  Citarasawan buh tepung ubi akak pun ikutlah.  Alhamdulliah mak akak puji rasanya sedap..kembang semangkuk akak dibuatnya.

Akak kurangkan sikit tepung gandum sebab akak suka makan keria yang lembut dan banyak keledek dan guna keledek sebanyak 1 kg..puas gak aaa dapat makan banyak.

Bahan-bahan
250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum-akak kurangkan sikit
1/2 sudu teh garam

Cara Menyediakannya
Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu-akak tak timbang..agak-agak ajer
Bulatkan dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah

Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk


 Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air
 
Untuk menyalut keria
Sediakan kuali
masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
 

 
 Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api

 
Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...