OOO

Jumaat, Mac 28, 2014

Resepi Udang Goreng Tepung

As'salammualaikum



Sape yang tak suka makan udang goreng camni kan, kat sini susah betul nak jumpa udang kertas, yang banyak udang kulit keras.  Tekak nak makan beli ajerlah, besar camni harganya lebih kurang 20 hinggit sekg.

Bahan-bahan
  • 20 ekor udang sederhana besar-dibersihkan dan di tos
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit kicap sotong-akak gunakan sos ikan ajer ..sebab tak ada stok
  • sedikit serbuk kari
  • 1-2 sudu besar tepung beras
  • sedikit serbuk lada hitam/lada putih-akak tambah sendiri
  • Minyak secukupnya-biarkan terendam 
Cara-cara
  1. Udang di perap dengan telur, garam, kicap sotong, lada hitam/lada putih dan serbuk kari.
  2. Perap selama 30 minit.
  3. Bila nak goreng baru di masukkan tepung beras.
  4. Goreng sehingga kekuningan.

4 ulasan:

  1. emmm..sedapnya!teringat kalu blk kg pergi kepcb makan udang,sotong celup tpung ngan pencicah ditepian pantai..

    BalasPadam
  2. yea...sedapnye.. saya pun suke udang..

    BalasPadam
  3. Tidak mahu cakap banyak. Sudah tentu sedap. :-)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers