OOO

Khamis, April 24, 2014

Resepi Ayam Cendawan

As'salammualaikum

Kalau isi ayam banyak, bolehlah buat masakan ni, isi ayam memang anak kurang makan kalau goreng ataupun masak gulai.  

Bahan:

4 ulas bawang putih-cincang
2 sudu makan minyak sayur
1/2 biji  bawang Bombay, cincang/dadu kasar
3 dada atau isi ayam - potong kecil
1 sudu makan kicap  cair
½ sudu makan kicap  manis
1 sudu makan sos tiram
100 gm cendawan kecil , bersihkan
1/2 biji cili benggala merah - potong kecil
1 batang leek -potong kecil
sedikit air
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit garam

Cara membuat:
  • Aduk ayam dengan kicap manis, kicap cair, sos tiram dan serbuk lada hitam,
  • Perap  selama 1 jam atau simpan dalam bekas tertutup di peti sejuk selama beberapa jam.
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga layu.
  • Masukkan ayam dah telah di perap dan sedikit air dan kacau ayam  sehingga masak.
  • Masukkan batang leek, cendawan dan cili banggala.
  • Rasa dulu, jika kurang boleh di tambah.  Kalau ok bolehlah di angkat dan di hidangkan panas-panas.

3 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...