OOO

Isnin, April 07, 2014

Resepi Kueh Kaswi Sedap Dan Mudah

Assalammualaikum semua

Dah minum petang ker belum? Duk umah ni kena fikir nak masak apa untuk family tercinta.  Kena rajin google kalau tak pandai buat.

Kuih kaswi kalau buat memang akak buat 1/2 adunan ajer, sebab tak ramai peminat.  Bila tenguk kat google ada banyak resepi kuih ni, ada yang buh kicaplah nak bagi lemak tapi akak cuba ikut resepi  Kak Hanieliza.  Akak tak guna gula merah cuma guna gula melaka...jadi warnanya tak lah gelap sesangat.

Bahan Sirap:
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir (akak guna brown sugar)
* Masak semua bahan di atas dan sejukkan.

Bahan Lain:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ ubi/ jagung
  • 1 tsp kapur kuih (optional)
  • Kelapa parut muda
  • Sedikit garam
guna acuan bear 

Cara-cara:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan dan sapukan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. (Lapikkan plastik saiz loyang) Akak gunakan acuan ramekin ajer dan sapu dengan minyak jagung.
  3. Bancuh semua bahan dan tapis. Tuang dalam loyang.
  4. Kukus sehingga masak dalam 30 minit. (akak kukus 20 minit ajer sbb bekas kecil cepat masak)
  5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik. (keluarkan dari acuan ramekin)
  6. Kelapa muda digaul dengan garam. (akak kukus kejap kelapa parut)
  7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa parut. Hidangkan..

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers