OOO

Isnin, Jun 23, 2014

Dari Miri Ke Kota Kinabalu (Miri-Limbang)

Assalammualaikum

Cuti sekolah yang lepas memang panjang kan. Tentu ada yang balik kampung, gi bercuti dan ada juga yang menghadiri kenduri kawin sepanjang 3 minggu ni kan.


Kat Sarawak sempena sambutan Hari Gawai pada 29 Mei, cuti agak panjang sampai hari Selasa.  
Kami cadang nak gi jejalan ke Kota Kinabalu dengan menaiki kereta.  Oleh sebab kami ni pertama kali pergi puaslah akak baca blog dan cari map pasal hal ni.  Macam macam cerita yang dikongsi bersama. Nak sampai ke KK kena masuk dan keluar negara Brunei dan chop passpot lebihkurang 10 kali.  

Kami gerak dari Miri dalam pukul 7.00 pagi dan bila sampai ke checkpoint Sg. Tujuh iaitu sempadan Malaysia/Brunei dah mula kereta beratur panjang kat situ. Agak lama gak kami kat situ..nak buat camner cuti perayaan banyaklah yang gi jejalan. 


Kami dah siap isi borang kebenaran memandu kenderaan seperti mengisi nombor chasis dan nombor enjin kenderaan selain tau tarikh tamat insuran, jadi tak yah tunggu lama masa kat kastam Brunei. Oh yer..bila nak masuk lagi ke Brunei tak payah isi lagi sehingga penuh tempat di chop tu.

Bila dah chop passport di check point Brunei kami kena berhenti bagi borang tadi dan kastam Brunei suruh buka bonet kereta.  Habis semua di check, akak banyak bawa air dan jajan untuk Ira dan Imran.
Lepas ajer check point masuk ke Brunei, perjalanan berjalan lancar.  Kereta tak banyak sangat sebab hari Sabtu cuti..lepas bayar tol kat Sg Rasau RB3.00 akak ashik perati map. 



Tak dapat ambil gambar banyak sebab akak sibuk tenguk map/petunjuk jalan, takut salah jalan sebab kami nak ikut jalan pintas/jalan kampung dengan membuat pusingan  U di Lebuhraya Jerudong menuju ke Simpang Maya-Lamunin melalui Tasik Merimbun/Jalan Batang Mitus dan Kuala Lurah (border Brunei/Limbang).  Masa perjalanan dapat di jimatkan kerana dapat jimat lebihkurang  40km.

Dapatlah kami melihat perkampungan tradisional Melayu Brunei kat jalan kampung sepanjang lebihkurang 30km, terasa seronok pula melihat tempat macam ni.  


Kami terlepas jalan pintas dekat kilang papan nak ke Jalan Batang Mitus sebab jalannya kecil sangat. Nasib baik tak jauh tersasar, kami ambil keputusan pusing balik dan jumpa jalan tersebut.  Memang keliru gak bila ikut jalan kampung sebab tak ada papan tanda nak ke Pos Imigresen Kuala Lurah.
Kami berhenti merehatkan diri di Masjid Limau Manis, Brunei berhampiran sempadan Kuala Lurah, Brunei.    

Bila sampai 600 meter ke sempadan tarfik mula bergerak perlahan di sebabkan warga Brunei suka berbelanja di Limbang Sarawak di sebabkan kadar mata wang mereka yang besar.
Nasib baiklah kat masjid tadi dah membuang apa yang patut, kalau idak penat menahan..:)
Kat Brunei satu rumah ada lebih dari sebiji kereta, al maklumlah harga kereta murah kan.
Macam biasa ada ajer yang potong barisan, tak sabar punya pasalah tu.  Agak lama gak kami terkandas kat check point border antara Brunei dan Sarawak di Kuala Lurah ni.  Kelakar gak bila tenguk ada driver yang gi buang air kat semak berhampiran.  Tak tahanlah gamaknya tu..
Memang masa cuti macam nilah keadaannya terutama bila cuti perayaan.  Selepas ni kena lalu pula checkpoint Tedungan Limbang Sarawak.  Kami tak menghadapi masalah kat situ  dan tak payah tunggu lama macam tadi.

Perjalanan dari Tedungan ke bandar Limbang cuma 38km tapi kerana jalan cuma satu lorong sahaja, perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit. Akhirnya kami sampai gak kat Limbang dalam pukul 11.30 pagi.
Perut dah lapar, kami singgah makan kat salah satu restoran berdepan dengan Dataran Jubli Emas. Imran dan Ira kongsi makan soto...mereka dah biasa makan dengan sambal kicap..dah tentulah kat sini tak ada.
Sup daging..aduhh daging liat lagi...
akak pekena dengan nasi putih.

Posing jangan tak posing kat Dataran Jubli Emas

Cantik pemandangan kat sini....kemudian kami meneruskan perjalanan lagi ke Kota Kinabalu. 

Tunggu sambungannya yer

9 ulasan:

  1. Wah trip perjalanan jauh. Memang seronok dapat buat trip percutian adventure seperti ini.

    BalasPadam
  2. Terbaik lepas ni nk jejalan ke sana dah boleh pkai akak punya info x sesat pasni.

    BalasPadam
  3. One day trip ke bermalam di KK?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana boleh one day trip kak mahh..kenalah tidur kat kk

      Padam
  4. Teringin bercuti di Kota kinabalu

    BalasPadam
  5. Jalanan kat Brunei memang sepi tak seperti dekat KK yang dah banyak jem sekarang ini.

    BalasPadam
  6. salam,

    seronoknya akk n family berjalan jauh....

    last year kami ke KK... best :)

    BalasPadam
  7. wahhh.. saya ada kawan cerita nak balik ke limbang daripada miri jadi agak panjang perjalanan sebab keluar masuk sempadan..rupanya begini ceritanya..brunei antara negara yang teringin mahu pergi..excited mahu tahu kisah seterusnya.

    BalasPadam
  8. Salam akak...
    Lama betul saya tak follow blog akak
    rindu....
    Saya pun teringin nak bw anak2 pegi KK lepas ni.... diorg nak sangat naik belon...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers