OOO

Ahad, Julai 20, 2014

Pasar Filipina Kota Kinabalu

Assalammualaikum

Kami sempat gak gi terjah ke Pasar Kraftangan sebelum makan malam, pasar ini juga di kenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan dan pelancung. 
Terletak di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens dan berhadapan dengan Hotel Le Meridien Kota Kinabalu, pasar ini menjadi destinasi wajid yang selalu di kunjungi bagi mendapatkan cenderahati/ole-ole untuk di bawa pulang.

Nasib baik kami pergi belah malam, taklah terasa panas sebab kat sini memang rasa havoc gak kalau belah siang dan apabila cuaca panas. Bayangkan macamana havocnya kalau orang ramai dan cuaca panas.  
Majoriti penjaja di Pasar Filipina  adalah orang Filipina kerana dulunya tempat ini adalah pusat transit bagi pelarian dari Filipina.  Oleh sebab itu Pasar Kraftangan di gelar Pasar Filipina seperti juga masa akak naik bot ke Pulau Manukan, boleh di katakan pekerja ramai dari orang Filipina...kalau mereka umpat pun kita tak kan faham :)

Pelbagai jenis mutiara jenis air tawar ataupun air masin, yang telah di jadikan rantai, cincin, gelang, subang, kerongsang, butang baju melayu dan boleh juga dibeli dalam bentuk aslinya. 

Barangan mutiara tersebut boleh didapati hampir di setiap gerai dalam pasar ini.  Selain itu terdapat juga barangan kemas berasaskan manik yang boleh di jadikan pilihan untuk di beli.
Selain barangan kemas berasaskan mutiara, terdapat juga barangan kemas berasaskan manik. Pelbagai pilihan untuk setiap pengunjung yang datang ke pasar ini.  Akak cuma beli fm, pin tudung dan t shirt ajer untuk anak-anak.

Oleh sebab akak dah tau rega sebab dah baca N3 orang yang dah pernah membeli, akak tawar ikut yang mereka cadangkan.  
Lepas tu kami ke Pasar Kering yang terletak bersebelahan yang menjual pelbagai barangan hasil dari laut seperti ikan bilis, ikan kering, udang kering, kuih chincin dan pelbagai ole ole untuk di bawa pulang.  

Akak tak beli udang kering dan ikan bilis kat sana sebab nak beli kat tempat lain sebab kat situ lagi murah..kalau nak tau kenalah tunggu N3 seterusnya yer.  

Cuba tenguk harga apa ke benda kat bawah tu..ratus beb harganya.
Akak tak sempat nak tanya apa ke benda sebab perut dah lapar.


Akak cuma beli  kopi tenom, kuih chincin dan dah semestinya amplang yang di buat di Tawau Sabah yang di katakan sedap dari tempat yang lain.   Kat Miri ada tapi mahal sikitlah harganya.

Jangan lupa yer tawar menawar dan pergi dari gerai ke gerai untuk membandingkan harga dahulu sebelum membeli untuk mengelakkan dari di tipu. Bila tanya penjual perempuan kat tempat akak beli, dia kata pasar ni buka 24 jam...tukar shift dengan adik dia. Rajinkan mereka.
Kalau nak jahit pun boleh, ramai 
tukang jahit kat sini

5 ulasan:

  1. memang meriah kat sini dan rambang mata jugalah.

    BalasPadam
  2. kalau datang sini..biasanya cari mutiara atau pun ikan bilis. HOho..

    BalasPadam
  3. Teringat masa kerja dulu pi Sabah balik hari..sempat gak singgah pasar filipina ni..

    BalasPadam
  4. Memang best, kat pasar ni ada beberape phase, yg tempat buah, tempat makanan kering, makanan bakar, barangan cenderahati. Orang kedai pon sangat peramah...

    BalasPadam
  5. Kalau ke Pasar Filipina cari mutiara dan rumpai kologen. :-)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers