Assalammualaikum semua
Syukur alhamdulliah usia kandungan menantu akak dah 7 bulan. Dah tentu beliau berdebar-debar dan teruja menantikan kelahiran anak sulung..termasuklah akak ni.
Teruja nak menyambut cucu pertama, akak harap semua berdoalah agar semuanya akan berakhir dengan selamat dan di permudahkah olehnya.
Amalan amalan ibu mengandung ini dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah dan korang boleh dapatkan bukunya. Tetapi, amalan-amalan ini juga perlu diamalkan oleh si suami.
Amalan Ibu Mengandung
- Jangan bergaduh dengan pasangan ketika mengadung bagi mengelak anak yang ganas dan panas baran.
- Bersedekah bagi melahirkan anak yang jiwanya lembut
- Elakkan mengidam benda yang pelik-pelik
- Ibu bapa perlulah rajin solat bagi melahirkan anak yang mudah mendapat hidayah dan petunjuk
- Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT
- Banyak berdoa kepada Allah SWT
- Rajin berpuasa sunat. Ibu mungkin tidak larat. So, si suami digalakkan berpuasa sunat ketika si isteri mengandung contohnya sunat isnin dan khamis
- Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat contohnya sunat hajat dan taubat
- Banyakkan zikir kepada Allah SWT. Si suami digalakkan sentiasa berzikir contohnya ketika memandu. Ini akan melahirkan anak yang kuat jiwanya, akalnya dan kuat fizikalnya.
- Banyakkan membaca al-Quran.
- Surah Amalan Ibu Ketika Mengandung
- Banyakkan membaca buku-buku ilmiah contohnya kisah-kisah para anbia, para sahabat dan lain-lain
- Berbual dengan anak yang masih dalam kandungan sambil mengusap perut si ibu.
- Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman contohnya memasak, melipat baju dan lain-lain bagi memudahkan proses melahirkan anak nanti. Dan si suami mestilah membantu si isteri melakukan kerja-kerja rumah itu
- Tidak terlalu tertekan atau stress setelah melihat fizikal badan yang membesar tetapi seronoklah melihat anak anda yang sedang membesar. Oleh itu, si suami kena sentiasa bersama isteri jika isteri penat, pening atau sakit.
- Menjaga adab dan emosi. Akhlak si suami dan isteri akan diwarisi oleh anak mereka.
- Makan makanan yang baik.
- Jauhi sifat dendam dan dengki dan sentiasa bersangka baik.
- Rajin mengukirkan senyuman
- Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.
Kredit : SINI
Tahniah ler kak ina :)
BalasPadammoga baby dan ibu selamat nanti nak melahirkan.
dh tahu ke jantina?
Alhamdullillah, tahniah kak ina, lepas ni dapat gelaran baru :)
BalasPadamI doakan selamat semuanya, insyaAllah :)
insyaAllah....moga semuanya dipermudahkan nanti kak
BalasPadamTahniah kak. Seronoknya nak dapat ahli keluarga baru..
BalasPadamterima kasih kak bg tips ni :)
BalasPadamcucu sulung excited nye nenek tau..mcm umaira solehah...
BalasPadamWahhh dah nak jadi nenek. Tahniah Kak Ina...!
BalasPadamTanniah bakal mendapat pangkat nenek tidak lama lagi.
BalasPadamtahniah kak ina!mesti manja baby dgn nenek nya nanti...:-)
BalasPadamwah tahniah kak ina...dah tak lama lagi nak bergelar nenek...semoga ibu dan baby sihat selalu yea.
BalasPadamTahniah. Semoga semuanya dipermudahkan nanti. InshaAllah. =)
BalasPadam