OOO

Ad

Sabtu, Ogos 09, 2014

Musim Petai Dan Durian Di Tapah Perak

Assalammualaikum semua

Hari ni rasanya dah ada yang buat rumah terbuka kan..tentu best dapat makan sedap-sedap.

Masa hantar anak ke Tapah, hari Ahad lepas seronok betul kami sebab tengah musim durian dan petai.
Masa sampai jamu mata ajerlah sebab awal pagi.

Lepas minum pagi dalam perjalanan balik kami singgah kat tempat ni, terletak di tepi jalan nak ke highway PLUS.
Murah betul durian Cameron..selonggok baru RM25.00 tapi cam biasa durian orang asli/kampung selalu ada isi yang kurang elok.  
Tapi peniaga ni bagus, bila buka tak elok dia kasi yang baru.  Kami makan dalam 3 biji, bila suruh bungkus yang lebih dia bagi lebih.  Syukur alhamdulliah, semuga murah rezeki peniaga ni.
 Akak tak makan tempoyak, mak akak jer yang beli, kira murahlah ni kan dapat bekas lagi.
 Macam macam ada kat tempat ni
 RM30.00 selonggok..geram tul di buatnya..
murah bebeno
 Akak beli yang harga RM10.00 tu pun kongsi dengan mak. Akak bawa balik ke sini. Kat Miri petai mahai sikit, kalau beli dah kopek RM2.00 dapat sikit jer
beli gak rambutan dan pulasan..seronok memang seronok bila musim buah kan

Dulu beli durian orang asli kat tepi jalan nak ke Simpang Pulai masa baru balik dari Cameron lagi sedap.  N3 kat SINI

8 ulasan:

  1. Pelbagai masakan boleh dibuat dengan petai dan sedap dmakan tapi selepasnya didaklah begitu enak.

    BalasPadam
  2. sedapnya dh lama tak makan durian

    BalasPadam
  3. Puas makan dapat makan durian kampung.

    BalasPadam
  4. Tu gerai saudara saya lain kali klau datang Tapah contact la saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. la iyer ker fieza.insyallah kalau datang lagi bolehlah contact kamu yer

      Padam
    2. Salam k.fiza.. skrg tgh musimke durian.. teringin btl nk mkn..

      Padam
  5. Dapat singgah tengok hasil orang kampung/asli macam ni memang best. dapat pulak buah segar. Puas hati makan.

    BalasPadam
  6. Sekarang tgh musimke durian..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers