OOO

Isnin, Ogos 11, 2014

Cara Guna Pressure Cooker Yang Betul

Assalammualaikum semua

Rasanya ramai yang guna pressure cooker kan..bagi wanita mungkin tau camner nak guna tapi orang lelaki memang tak pandai guna cam anak akak. 

Bila menggunakan pressure cooker ni, tekanan dan suhu yang di hasilkan sangat tinggi.

Kalau nak guna periuk tekanan tinggi ni, wajib baca arahan/buku panduan yang di sertakan sebelum guna.

Satu kelebihan mengguna pressure cooker ialah menjimatkan masa memasak terutama bila daging, ekor lembu ataupun ayam pencen yang liat jadi empuk dengan cepat.  Dapat menjimatkan masa memasak dengan cepat.

Oleh sebab anak akak tak pernah guna pressure cooker ni, dia ada call tanya camner nak guna.

Akak cuma kata guna api kecik tapi tak bagitau sampai habis.  Setelah merebus lebih kurang 20 minit, anak pun bukalah penutupnya walaupun penutup tu ketat untuk di buka.

Oleh sebab tekanan/wap masih belum di keluarkan, anak pun buka dengan sepenuh tenaga dan letupan kedengaran kat dapur.  Apa lagi habislah, tangan dia melecur teruk sehingga merah dan menggelembung. 

Nasib baiklah tak parah sangat, tapi azab gaklah menahan sakit, kena beli bandage dan ubat sapu kat farmasi. Dahlah nak dekat raya, kenalah pakai bandage bila nak berhari raya.

Bila nak masak, gunakan api perlahan sahaja, isi kurang dari 1/2, kalau idak nanti keluar air wap dari atas periuk.
Bila dah siap masak lebihkurang 1/2 jam, padamkan api.  Boleh sajer keluarkan wap atas dapur tapi akak lebih suka buh bawah air mengalir.  

Gunakan sudip atau pisau nak keluarkan wap dari tombol kecil di atas penutup,  Jika masih berdesir, maknanya tekanan masih ada lagi, jadi jangan buka penutupnya.  
Bila tiada lagi bunyi berdesir barulah boleh di buka penutupnya dan keluarkan daging yang empuk.


22 ulasan:

  1. Salam kak..
    Presure cooker sy pkai elektrik...senang nak gunanya...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mualaikumsalam asyifa..ooh yer ker..tapi kalau tak ada elektrik tak leh guna kan

      Padam
  2. saya pun pakai yang elektrik .... rasanya lebih mudah ...

    BalasPadam
  3. saya tak de lagi pressure cooker ni kak..tp takut lak nk guna..huhu

    BalasPadam
  4. mak saya guna pressure cooker atas dapur ni.. saya sendiri guna yg letrik.. mana mana pun ada pro dan kontra.. dari segi mudah mmg mudah dan selamat guna yg letrik punya.. sbb kalau yg letrik selagi tekanan tak turun, selagi tu tak boleh bukak.. tapi kalau takde letrik memang tak boleh nak guna la.. hehe..

    BalasPadam
  5. Minggu sy pun guna nk rasmi pressure coorker ini...kecut perut jgk sbb tak tahu nk guna...last2 tel member utk info

    BalasPadam
  6. Safety first adalah penting supaya dapat mengelak kemalangan yang tidak diingini.

    BalasPadam
  7. Baru je baca kisah pasal pressure cooker ni.taktau mana silap, periuk tu terbuka sndr dan melayang segala macam isi periuk.pitam terus chinese lady tu.

    BalasPadam
  8. KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN PERIUK AJAIB NOXXA: 

    - Pilihan Tekanan Tinggi & Rendah. @ Hi-pressure, Low-pressure 

    - Pelbagai fungsi – Masak Perlahan, Mengukus, Menumis. @ Slow Cooker, Steam, Stir-fry 

    - Memanas semula dan memastikan makanan sentiasa hangat. @Reheat 

    - Pelewat Masa sehingga 8 jam. @ Delay Timer 

    - Periuk tidak melekat 8L. @ Non-stick Saiz periuk bahagian dalam 

    - Diameter : 26.2cm - Height : 17.5cm – boleh masak 16 cawan beras / 2 kilo beras.

    - cepat,jimat masa dan elektrik.

    Testimoni dari para pengguna: 

    - Boleh membuat Pop-corn 2 minit.

    - Masak kek kukus.

    - Masak Dodol 8 minit & Halwa Maskat.

    - Buat sendiri Sardin.

    - Rebus daging, tulang & ekor dalam masa yang singkat.

    - Masak @ goreng Bihun dlm masa yg singkat (tak perlu tos bihun, masuk je dalam periuk).

    - Masak Nasi biasa, nasi goreng & nasi beriani dalam masa 7 minit (tak termasuk masa prepare – nasi tak perlu dimasak masukkan beras terus).

    - memasak sup tulang @ sup ekor, cuma memakan masa lebih kurang 40 minit sahaja

    - Untuk merebus telur dlm 30 biji, kita cuma memerlukan 2 minit shj tanpa air.

    - Apam balik,roti jala dll

    Info Hazli 0177269885 whatapp tq.hee

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum.NK bertanya ..saya ada beli pressure cooker yg blh masak atas dapur.indicator nye ada gambar wap dan no 1 dan 11.bila sy tanya dia kata just set kat gambar wap.masalahnye bila saya masak daging time masih 1 jam nk empuk.ada sesiapa tahu mcm mana nk guna pressure cooker ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba kamu tanya balik kat penjual tu..kalau daging tak sampai setengah jam dah empuk

      Padam
  10. SA pun guna elektrik.senang tp bil naik tinggi la...

    BalasPadam
  11. Terima kasih dengan tips cara guna. Masih terbiar belum dipakai periuk ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama, gunakan lah bila nak rebus tulang atau daging yang liat

      Padam
  12. Kalau guna pressure cooker ni.. Letrik dia tarik kuat x?

    BalasPadam
  13. Yer ke kuat elektrik rasanya yg saya jimat dari rice corner.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak taulah airuzwani
      tak pernah guna yang guna letrik lagi

      Padam
  14. Assalamualaikum.
    Sy guna periuk gas n letrik.
    Guna gas, siap keluar wap dr tutup nye tu. Kdg2 sampai banjir kat atas dapur. Itu sbb isi dlm nye lebih dr separuh ye?
    Api lak sy guna api slow tp lambat masak nye jd sy naik kan ke medium heat. Last2 bau hangus. Terus padam api. Hehe

    BalasPadam
  15. memang kena guna api slow, air tak boleh dari setengah. ambil masa 30 kalau nak empuk

    BalasPadam
  16. Terima kasih info yg sgt bermanfaat.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...