OOO

Jumaat, Ogos 29, 2014

Nasi Lemon Sedap

Assalammualaikum semua


Ingatkan buh lemon rasa masam, rupernya idak. Akak ambil resepi dari kawan fb Mrs Nor yang di ambil dari Chef Sabri. Tapi akak tak letak kismas sebab kat umah ni tak doyan. Tak buh gak bayleaf sebab tak ada stok.


BAHA
N-BAHAN
3 Cawan Beras Basmathi 
4 cawan air
50g Mentega


1sdk Serbuk Jintan Manis
1 sdk Serbuk Jintan Putih
1 sdk Serbuk Perasa-akak tukar 1/2 kuib ayam
1 sdm Garam secukup rasa
Daun Bayleaf
2 batang Serai
Kismis-untuk hiasan

Bahan tumis
2 inci Kulit Kayu Manis
3 biji Bunga Lawang
2 biji Buah Pelaga

1/2 biji bawang besar-hiris
2 biji bawang putih-hiris
1 inci halia-hiris 1 biji Lemon – dihiris benar-benar nipis



1sdk Serbuk Jintan Manis
1 sdk Serbuk Jintan Putih
1 sdk Serbuk Perasa-akak tukar 1/2 kuib ayam
1 sdm Garam secukup rasa


CARA-CARANYA:

1. Panaskan periuk, masukkan mentega. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dihiris bawang putih, halia, lemon, bawang besar dan daun pandan untuk menumis. 
2. Dalam masa yang sama, panaskan air dalam periuk terlebih dahulu. Masukkan serai, 3 serangkai (Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang dan Buah Pelaga ke dalam periuk yang berisi air. Biarkan terlebih dahulu.
3. Kemudian di bekas yang berlainan, masukkan beras yang sudah direndam selama 30 minit, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk perasa, garam, gula perang, dan kacau hingga rata.


4. Masukkan beras yang sudah digaul ke dalam periuk yang berisi air. Kacau sama rata. Masukkan Bayleaf untuk menambah aroma.
5. Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang sudah di tumis ke dalam periuk yang berisi beras tadi.
6. Tanak nasi hingga kering. Setelah siap , hias dengan bawang goreng. Taburkan kismis.
7. Siap dihidang.


3 ulasan:

  1. ooo ada rupanya nasi lemon. hihi...biasa buat air aje :-). blh try nih...

    BalasPadam
  2. Blongnya keren dan enak;)! Saya lihat bahwa Anda upload banyak foto makanannya. Apa Anda mau mengembangkan blognya lagi?
    Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Kami tidak terhapus filenya dengan waktu batas. Tolong coba servis kami tanpa registrasi dan tolong kasih tahu pendapatannya.

    BalasPadam
  3. Pes time dengar nasi lemon..mesti sedap tp nampak cam renyah le plak.kang ada anak2 tolong kt dapur.hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...