OOO

Khamis, Ogos 28, 2014

Asam Pedas Ikan Sardin

Assalammualaikum semua


Lauk camni kadang kadang buat memang menggiurkan kan.  Goreng ikan masin dan sayur pun dah cukup.  

Bahan-bahan
1  tin ikan sardin- akak suka chap ayam
5 batang daun kesum-diambil daun 
2 batang bunga kantan-di potong 2  
1-2  cawan air asam jawa-secukup rasa
1 biji tomato-belah 4
sedikit gula  
minyak masak dan garam  secukupnya

Bahan yang di kisar/tumbuk
8 sudu makan cili kisar
6 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup/sedikit kunyit serbuk  

1 cm halia
1 cm belacan 

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan bila panas masukkan bahan kisar/tumbuk dan tumis sehingga sebati.  Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. 
2.  Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api sederhana kecil.  Masukkan garam.
3. Masukkan pula air asam jawa.Biarkan seketika kemudian masukkan air secukupnya.
4. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan sardin bersama sosnya dan perasakan dengan sedikit gula serta garam,  biarkan kuah pekat sedikit.
5. Kemudian masukkan daun kesum dan  bunga kantan. 
Biarkan sebentar dan rasa garam dan asam barulah dipadamkan api. 
6. Siap untuk di makan.

2 ulasan:

  1. Asam pedas mmg peberet Uj ..kak..x kira laa asam pedas ape pun.pasti brtambah nasik di pinggan....

    BalasPadam
  2. Kadang-kadang nak cepat aje masak ikan sardin ni. Boleh suruh wife try ni...menarik ... terima kasih ya sis

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...