OOO

Jumaat, Ogos 15, 2014

Resepi Nasi Mentega/Nasi Butter Pak Engku

Assalammualaikum semua

Tercari-cari resepi nasi mentega akhirnya terjumpa di blog Azlita yang di ambil dari buku masakan beliau "Resepi Kenduri Kahwin" iaitu Nasi Butter.  

Bahan-bahan
1 kg beras basmathi - dicuci bersih, rendam 20 minit dan ditoskan airnya
300 gm mentega
garam secukupnya
1 tin susu cair
100 gm kismis - digoreng
100 gm badam - digoreng
air - secukupnyer (biasa sukatan air bersamaan dgn sukatan beras)

Bahan tumis
3 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 inc halia - dikisar
2 helai daun pandan - dikoyak dan disimpul
1 tangkai daun pudina
1 tangkai daun ketumbar - dipotong 1/2 inc
2 biji cili merah - potong memanjang (utk hiasan)-akak tak letak
Rempah tumis 4 sekawan - (ita tambah) 

Cara-caranya
Panaskan mentega dan masukkan bahan yg dikisar. Masukkan rempah tumis,dan  daun pandan biar tumis hingga naik bau. 

Masukkan air secukupnyer, susu cair dan biarkan ia mendidih seketika. Masukkan beras dan daun ketumbar. 
Dan biarkan nasi tanak sepenuhnyer.
Ketika menghidang taburkan dgn kismis dan badam yg telah digoreng tadi. Taburkan juga cili hiris dan daun pudina.


Akak gandingkan dengan ayam masak merah. Resepi ayam merah boleh ambil dari SINI ter

3 ulasan:

  1. Menyelerakan.hati ni AA masak Nasi Mandi segera.mmg syok..

    BalasPadam
  2. nampak mudah..boleh cuba nanti ni..

    BalasPadam
  3. menarik ni. resepi ni belum cuba lagi... thanks coz share.. boleh cuba nanti..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...